Kandungan Vaksin (Vaccine Ingredients): Satu Analisa Menurut Perspektif Islam

Authors

  • Ahmad Hisham Azizan

Keywords:

Vaksin, Halal, imunisasi, penyakit, kandungan vaksin

Abstract

Artikel ini merupakan kajian ke atas kandungan vaksin yang menjadi imunisasi kepada tubuh badan manusia daripada dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya. Objekif artikel ini adalah untuk menganalisa isi kandungan vaksin dengan melihat keselariannya dengan konsep dan prinsip halal yang telah ditetapkan oleh syarak sebagaimana yang dibincangkan dalam Islam di mana dikatakan bahawa vaksin mengandungi substansi berbahaya yang sekaligus berlawanan dengan kaedah-kaedah Islam yang menolak sesuatu yang memudaratkan diri. Selain itu, pemilihan dan pemakaian vaksin-vaksin ini juga turut diteliti bagi meninjau senario perkembangan pemberian vaksin di Malaysia yang pada akhir-akhir ini dikatakan semakin berkurangan kerana keengganan ibu bapa akibat khuatir dengan kandungan yang terdapat di dalam vaksin tersebut. Analisa terhadap vaksin ini juga diperluaskan skopnya dengan merujuk kajian-kajian teks yang dilakukan oleh para doktor dan ahli akademik di seluruh dunia dan hasilnya terdapat penerimaan dan percanggahan tentang adakah vaksin ini selamat dalam menangani permasalahan penyakit dengan tidak mengabaikan prinsip-prinsip asas yang menunjangi amalan halal tersebut.

Published

2019-05-06