Pembangunan Kepimpinan Asnaf Mualaf dalam Pemerkasaan Gerakan Dakwah [Asnaf Mualaf Leadership Development in Empowering Da’wah Movement]

Authors

  • Abdul Ghafar Don Assoc.Professor
  • Razaleigh Muhamat@Kawangit
  • Amad Irdha Mokhtar

Keywords:

Pembangunan, kepimpinan, asnaf mualaf, Gerakan dakwah, da’i

Abstract

Mualaf adalah golongan yang baru memeluk Islam dan perlukan bimbingan secara berterusan dan terancang supaya mereka dapat mencapai kesempurnaan hidup sebagai seorang Muslim. Namun demikian, usaha bimbingan ini bukanlah satu perkara mudah bagi membawa mereka ke arah kesempurnaan hidup mengikut syariat Islam. Lebih sukar lagi adalah usaha membina dan melahirkan kepimpinan mualaf yang berwibawa dan mampu membimbing rakan mualaf yang lain. Artikel ini cuba membahas isu berkaitan pembangunan kepimpinan asnaf mualaf dan implikasi kepada perkembangan gerakan dakwah. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan isu berkaitan subjek kajian ini adalah kaedah analisis dokumen dengan merujuk bahan-bahan bertulis berkaitan subjek perbincangan seperti jurnal, buku, tesis, akhbar dan lain-lain. Perbincangan dan analisis kajian ini mendapati bahawa pembangunan kepimpinan mualaf adalah signifikan, relevan dan perlu dalam konteks perkembangan dan pemerkasaan gerakan dakwah Islamiyah di Malaysia dalam jangka masa panjang.

Mualaf are people who have just embraced Islam and need continuous and planned guidance so that they can achieve the perfection of life as a Muslim. However, this guidance effort is not an easy task to lead them towards the perfection of life according to Islamic law or Islamic teachings. Even more difficult is the effort to build and produce credible mualaf leadership that can guide their fellow converts. This article attempts to discuss issues related to the development of the leadership of asnaf mualafs and the implications for the development of the da'wah movement. The method used in discussing issues related to the subject of the study is the document analysis method by referring to written materials related to the subject of discussion such as journals, books, theses, newspapers, and others. The discussion and analysis of the study revealed that the development of mualaf leadership is significant, relevant, and necessary in the context of the development and empowerment of the Islamic da’wah movement in Malaysia in the long term.

Published

2023-05-09