Pelaksanaan Dakwah Islam dalam Membangunkan Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak Secara Efisien dan Berkualiti: Pendekatan di Sebalik Tirai Besi

[The Implementation of Islamic Dakwah in The Development of Spiritual and Moral Rehabilitation Program: An Approach Towards The Inmates]

Authors

  • Nurul Wafiqah Abd Latif Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
  • Masuriyati Yahya Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
  • Dayang Tiawa @ Noriah Awang Hamid Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei

Keywords:

Dakwah berasaskan Teknologi Digital; Pendekatan Dakwah; Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak. Dakwah Approach; Digital Technology-Based Dakwah; Spiritual and Moral Rehabilitation.

Abstract

Kemunculan teknologi pintar telah mengubah rutin kehidupan harian manusia dengan hanya satu sentuhan. Perkembangan pesat teknologi digital membolehkan industri menghasilkan pendigitalan manuskrip dan ini dapat meluaskan penerbitan Dakwah agar penyebarannya lebih cepat dan berkesan. Dakwah dalam berbagai bentuk telah menzahirkan imej Islam sebagai agama universal dan penyebarannya telah banyak diusahakan tanpa mengenal penat dan lelah dari para pendakwah itu sendiri. Bertitik tolak daripada itu, program pemulihan kerohanian dan akhlak telah disediakan dalam bentuk penyusunan silibus bagi tujuan membimbing penghuni institut penjara agar kembali semula ke jalan yang diredai Allah Taala dan memulakan kehidupan baru di bawah bimbingan ajaran Islam yang sempurna serta mengikut Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, juga seharusnya dibangunkan melalui teknologi digital. Justeru itu, artikel ini akan meninjau bentuk pemulihan kerohanian dan akhlak serta cadangan kaedah digitalisasi Dakwah yang bersesuaian untuk diaplikasikan di institusi-institusi pemulihan sebagai satu pendekatan baru sesuai dengan kemajuan teknologi digital hari ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode penelitian bersistematik melalui sorotan karya literatur. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepentingan sokongan sosial melalui khidmat dakwah secara kreatif dengan pengisian elemen Tazkiyah al-Nafs, al-Tawbah, Halaqah dan hiburan Islam dalam pemulihan terbukti berkesan dan sebagai usaha untuk mempertingkatkan kualiti kerohanian penghuni sebagai generasi tirai besi yang beriman dan bertakwa serta berketerampilan menurut acuan al-Quran dan Sunnah. 

The digitization has revolutionized people's daily life because of the rapid progress of digital technology that allows the industry to digitize manuscripts, which can more effectively on extending Dakwah through publications. The image of Islam has emerged from preaching in several ways, demonstrating how Islamic Dakwah is being adopted globally. The preachers' tireless efforts have also led to the Dakwah's unrelenting spread. Based on that, a spiritual and moral rehabilitation program in the form of a syllabus has been implemented to guide the inmates back to return the path gratifying to Allah Taala; to begin a new life under the guidance of the ideal of Islamic teachings with the Sunnah. As an outcome, the value of creative Dakwah service in rehabilitation with Tazkiyah al-Nafs, al-Tawbah, Halaqah and Islamic entertainment aspects works well; as an effort to raise the spiritual standard of inmates who possessed faith, piety, and skills according to the Quran and Sunnah.

Published

2023-04-11