Perumian, Pentahkikan dan Takhrij Kitab Tafsir Harian al-Qur’an al-Karim [The Method of Reforming, Verifying and Takhrij Kitab Tafsir al-Qur'an al-Karim]

Authors

  • Nor Farah Ain Nor Isamudin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mazlan Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Perumian, Tahkik, Takhrij, Kitab Tafsir Harian al-Qur’an al-Karim, Haji Abdullah Abbas Nasution. Reforming, Verifying, Takhrij, Kitab Tafsir Harian al-Qur’an al-Karim, Haji Abdullah Abbas Nasution.

Abstract

Kitab Tafsir Harian al-Qur’an al-Karim karangan Haji Abdullah Abbas Nasution adalah sebuah kitab manuskrip tulisan Jawi klasik. Walaubagaimanapun, masyarakat kini menghadapi kesukaran untuk membaca dan memahami makna dan maksud kitab tersebut. Terdapat hadis-hadis yang digunakan/dimasukkan dalam kitab ini tidak didatangkan matan bahasa Arab memadai dengan terjemahannya sahaja, namun ada juga yang sebaliknya. Terdapat juga sebahagian hadis yang disebut perawi sahaja tetapi tidak didatangkan matannya. Satu bentuk kajian takhrij yang komprehensif perlu dilakukan dari aspek perumian, pentahkikan dan pentakhrijan agar kitab tafsir ini boleh dimanfaatkan oleh semua peringkat masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah perumian, kaedah pentahkikan sumber dan rujukan di samping menjelaskan metode pentakhrijan bagi hadis-hadis yang terdapat di dalam manuskrip tafsir tersebut. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data iaitu merumikan Jawi klasik Melayu, mentahkik rujukan serta mentakhrijkan hadis yang terdapat pada ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsirkan dalam kitab tafsir tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa ejaan Jawi klasik yang terdapat didalamnya perlu dirumikan bagi memastikan kitab tafsir ini dapat memberi manfaat yang maksimal kepada para pembacanya. Sumber rujukan yang digunakan adalah merangkumi kitab tafsir lama dan baru daripada kalangan kitab-kitab tafsir Arab dan Melayu. Manakala terdapat beberapa metode atau gaya penulisan hadis yang dinukilkan oleh penulis dalam usaha beliau menjelaskan hadis-hadis Nabi SAW sebagai penjelasan kepada ayat-ayat al-Qur’an yang semuanya dijelaskan di dalam bahagian perbincangan di dalam artikel ini.

The book Tafsir Harian al-Qur’an al-Karim by Haji Abdullah Abbas Nasution is a classic Jawi manuscript book. However, the community now has difficulty reading and understanding the meaning and meaning of the book. There are hadiss used/included in this book that do not come with Arabic matan sufficient with its translation only, but there are also others. There is also a part of the hadis which is called narrator only but the opinion does not come. A comprehensive form of takhrij study should be done in terms of formulation, determination and reconciliation so that this book can be used by all levels of society. The purpose of this study is to explain the method of formulation, the method of resource extraction and reference as well as to explain the method of reconciliation for the hadiss found in the manuscript. Therefore, this study uses a descriptive approach in analyzing the data which is to formulate the Malay classical Jawi, rawkik reference as well as the hadis found in the verses of the Qur’an which are interpreted in the tafsir book. The results of the study found that the spelling of the classical jawi in it should be formulated to ensure that the book can be of maximum benefit to its readers. The reference sources used include old and new tafsir books from among the books of Arabic and Malay interpretations. While there are several methods or styles of writing hadiss cited by the author in his efforts to explain the hadiss of the Prophet PBUH as an explanation to the verses of the Qur’an which are all explained in the discussion section of this article.

Published

2023-04-04