Kaedah-kaedah Pengajaran Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam Mengajar Tilawah al-Quran [Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Teacher's Teaching Methods in Teaching al-Qur'an Recitation]

Authors

  • Nurul Husna Musaddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Kaedah Pengajaran, Kaedah Talaqqi Musyafahah, Kaedah Tasmik, Kaedah Halaqah dan Tadarus, Keberkesanan

Abstract

Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan ilmu Islam dalam diri pelajar. Justeru, terdapat pelbagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam menguasai ilmu tersebut. Pengkaji memfokuskan kepada kaedah pengajaran guru KAFA dalam mengajar Tilawah al-Quran. Hal ini kerana kemahiran guru KAFA dalam penyampaian pengajaran al-Quran masih kurang meluas dan mahir. Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru KAFA dalam mengajar Tilawah al-Quran dan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah-kaedah yang digunakan terhadap pelajar. Pengkaji memilih pendekatan kualitatif yang menggunakan instrumen dengan mengutip data dan menganalisis data dari kajian-kajian lepas. Selain itu, pengkaji juga mencari maklumat berdasarkan carian atas talian yang mana mampu menjelaskan apa yang hendak dikaji. Oleh itu, secara keseluruhannya, pengkaji mendapati banyak kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar Tilawah al-Quran. Namun, pengkaji memilih dan memfokuskan kepada kaedah Talaqqi Musyafahah, kaedah Tasmik, kaedah Halaqah dan kaedah Tadarus yakni antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengajar Tilawah al-Quran. Justeru, pengkaji mendapati kaedah yang sering digunakan dalam mengajar Tilawah al-Quran adalah Talaqqi Musyafahah kerana ia mencakupi kesemua aspek kaedah yang ada yakni menggunakan kaedah mendengar, membaca, menghafaz, mengulang dan menulis. Hal ini juga dapat dilihat melalui pencapaian pelajar itu sendiri dalam membaca al-Quran.

Al-Quran and Fardu Ain class (KAFA) is an effort by the Malaysian Ministry of Education (KPM) to empower students with Islamic knowledge. Thus, there are various teaching and learning methods (PdP) in mastering the knowledge. The researcher focuses on the teaching method of KAFA teachers in teaching Al-Quran Recitation. This is because the skills of KAFA teachers in the delivery of al-Quran teaching are still not extensive and skilled. Therefore, the purpose of the study is to identify the teaching methods used by KAFA teachers in teaching Al-Quran Recitation and to identify the effectiveness of the methods used on students. The researcher chose a qualitative approach that used instruments to collect data and analyze data from previous studies. In addition, researchers also look for information based on online searches which can explain what is to be studied. Therefore, overall, the researcher found many teaching methods used to teach Quranic Recitation. However, the researcher chose and focused on the Talaqqi Musyafahah method, the Tasmik method, the Halaqah method and the Tadarus method, which are among the methods used in teaching the recitation of the Quran. Therefore, the researcher found that the method that is often used in teaching Tilawah al-Quran is Talaqqi Musyafahah because it covers all aspects of the existing method, namely using the method of listening, reading, memorizing, repeating, and writing. This can also be seen through the achievement of the students themselves in reading the Quran.

Published

2023-04-11