Kesesuaian Taksonomi Bloom dengan Bidang Hafazan al-Quran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Pendidikan Islam
[The Suitability of Bloom's Taxonomy with the Area of al-Quran Memorization in the Curriculum and Assessment Standard Document KSSM of Islamic Education]
Keywords:
Taksonomi Bloom, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Hafazan al-Quran, Dokumen Standard Kurikulum dan PentaksiranAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti akan kesesuaian aras berfikir yang dibawa oleh Bloom dalam bidang hafazan al-Quran dengan melihat Dokumen Standard Kurikulum dan (DSKP). DSKP merupakan dokumen penting yang menjadi rujukan guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan bagi mencapai tahap penguasaan yang tertentu. Berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan, hafazan al-Quran yang melibatkan aras berfikir ‘memahami’ dan ‘mengingat’ berada pada aras Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Hakikatnya, hafazan yang melibatkan kaedah pembelajaran yang tersusun turut berada pada beberapa tahap pemikiran yang lain yang ada dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Justeru, kajian ini cuba mengupas kemahiran-kemahiran dalam aktiviti hafazan dan menganalisis DSKP sedia ada bagi mengesan apakah tahap pemikiran yang terlibat dengannya bagi melihat kesesuaian dan ketepatannya bagi satu-satu standard yang ditentukan. Implikasi daripada kajian ini, dapat dikesan wujudnya percanggahan di antara aras berfikir oleh Bloom dengan kemahiran hafazan yang ada dalam bidang Pendidikan Islam.
This study was conducted to identify the appropriateness of the level of thinking brought by Bloom’s Taxonomy in the field of memorizing the Quran by looking at the Curriculum and Assessment Standard Document (DSKP). DSKP is an important document that becomes a reference for teachers in delivering teaching and learning based on Content Standards and Learning Standards set to achieve a certain level of mastery. Based on the analysis of the documents carried out, memorizing the Qur'an which involves the thinking levels of 'understanding' and 'remembering' is at the level of Lower Order Thinking Skills (LOTS). In fact, memorization that involves structured learning methods is also at several other levels of thinking that are included in Higher Order Thinking Skills (HOTS). Thus, this study tries to examine the skills involved in memorization activities and analyze the existing DSKP to detect what is the level of thinking involved to see its suitability and accuracy for a given standard. The implications of this study can be traced to the existence of a contradiction between Bloom's level of thinking and memorization skills in the field of Islamic Education.