Keberkesanan Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Solat
Keywords:
aplikasi multimedia, pengajaran dan pembelajaran ibadah solat, keberkesananAbstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pembelajaran ibadah solat, untuk mengetahui tahap keberkesanan perlaksanaan aplikasi multimedia interaktif dalam pembelajaran ibadah solat, untuk mengetahui persepsi pelajar mengenai perbandingan penggunaan aplikasi multimedia dengan bahan bercetak .dan untuk mengenal pasti perbezaan tahap keberkesanan penggunaan aplikasi multimedia dalam kalangan pelajar berdasarkan demografi (tempat tinggal). Kajian ini dijalankan ke atas 100 responden yang terdiri daripada jabatan pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian program Statistical For Social Science (SPSS) versi 20.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskripsif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa aplikasi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan, aspek tahap pengetahuan pelajar tentang aplikasi multimedia dan tahap keberkesanan aplikasi multimedia berada pada tahap tinggi tetapi perbezaan mengikut jantina terhadap penggunaan aplikasi multimedia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan keberkesanan penggunaan aplikasi multimedia berdasarkan jantina. Namun, terdapat sebahagian kecil daripada pelajar menyatakan penggunaan multimedia tidak sesuai dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan aplikasi multimedia terhadap pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim sangat memberangsangkan.