Refleksi Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berbalik Berasaskan Aplikasi Google [Students' Reflection on Flipped Learning Based on The Google Application]

Authors

  • Norasyikin Osman Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Siti Salwa Mohd Noor Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Norhayati Che Hat Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nurazan Mohmad Rouyan Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Khoirun Nisak Mat Saad Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

pembelajaran berbalik, aplikasi Google, pengetahuan, kemahiran, aktiviti berkumpulan flipped learning, Google applications, knowledge, skills, group activities

Abstract

Pembelajaran dalam talian telah menjadi satu keperluan terutamanya ketika dunia dilanda pandemik. Walaupun situasi pandemik semakin pulih, namun pembelajaran dalam talian terus berkembang dan pelbagai pendekatan pembelajaran telah diterapkan. Antara pendekatan tersebut ialah pembelajaran berbalik atau flipped learning. Pendekatan pembelajaran berbalik ini memerlukan pelajar untuk meneroka kandungan pembelajaran terlebih dahulu sebelum dibincangkan di dalam kelas. Situasi ini akan menjadikan pelajar lebih bersedia dan mempunyai maklumat asas sebelum perbincangan secara terperinci dilakukan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas refleksi pelajar terhadap pembelajaran berbalik berasaskan aplikasi Google. Seramai 85 orang pelajar yang mengambil kursus Pemerolehan Bahasa Kedua telah mengikuti pembelajaran secara pendekatan berbalik berasaskan aplikasi Google. Setelah mengikuti pembelajaran kursus ini secara pendekatan berbalik berasaskan aplikasi Google selama 14 minggu, pelajar telah diminta untuk memberikan refleksi mereka. Hasil analisis maklum balas refleksi pelajar, sebanyak lima aspek utama telah dikenal pasti. Lima aspek tersebut termasuklah pengetahuan semakin meningkat, kemahiran pengendalian teknologi semakin baik, kemahiran berfikir menjadi lebih kreatif dan kritis serta aktiviti berkumpulan memberi impak yang positif. Manakala aspek terakhir menunjukkan isu capaian internet merupakan kekangan utama sesi pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjelaskan gambaran sebenar bahawa pembelajaran berbalik telah memberi impak positif terhadap proses pembelajaran pelajar.

Online learning has become a necessity, especially as the world struggles with a pandemic. Although the pandemic situation is getting better online learning is still emerging, and various learning approaches are being implemented. Flipped learning is one of these approaches. This flipped learning approach requires students to explore learning content before discussing it in class. This situation will help students more prepared and provide them with basic information before engaging in in-depth discussions in class. The goal of this research is to gather student feedback on flipped learning using Google applications. The flipped learning approach that relied on Google applications was implemented by 85 students in the Second Language Acquisition course. Students were asked to provide their reflections after 14 weeks of learning this course in a flipped format using Google applications. Five major aspects have been identified as a result of the analysis of students' reflection feedback. The five aspects are increased knowledge, better technology management skills, more creative and critical thinking skills, and positive group activities. While the final aspect demonstrates that the main constraint of the learning session is a lack of internet access. The findings of this study are expected to explain the true picture of flipped learning having a positive impact on the learning process of students.

Published

2023-03-13