Pengaruh Permainan dalam Talian Terhadap Pelaksanaan Solat Pelajar Sekolah Menengah [The Effect of Online Games on Performing Prayers of Secondary School Students]

Authors

  • Muhammad Haziq Ikhmal Huzairi
  • Mohd Syukri Zainal Abidin Universiti Malaya

Keywords:

Permainan dalam Talian, Pelaksanaan Solat, Pelajar, Spiritual, Ketagihan

Abstract

Permainan dalam talian dilihat semakin aktif mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seluruh dunia dan statistiknya dijangka akan terus meningkat mencecah 2.7 bilion orang pengguna. Beberapa kajian telah dijalankan melibatkan isu ini dalam pelbagai aspek. Namun, kajian yang mendiskusikan pada sudut spiritual atau kerohanian dilihat kurang mendapat perbincangan dalam kalangan para sarjana terutamanya membabitkan permasalahan dalam pelaksanaan solat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh ketagihan permainan dalam talian terhadap pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur dan pengumpulan data soal selidik. Data dianalisis secara analisis kandungan dan deskriptif bagi melihat hubungan antara dua pemboleh ubah yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa permainan dalam talian yang berlaku mampu memberikan pengaruh terhadap pelaksanaan solat pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, kajian ini akan menjadi perintis kepada penyelidikan yang lebih luas berfokus kepada demografi permainan dalam talian dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.

Online games are seen to be more actively gaining a place among people around the world and the statistics of users or players are expected to increase reaching 2.7 billion users. Several studies have been conducted involving this issue in various aspects. However, studies that discuss the spiritual aspect are seen to receive less discussion among scholars, especially regarding problems in the performance of prayers. Therefore, this study aims to analyze the effect of online games on the performance of prayer among secondary school students. This study uses a literature review approach and questionnaire data collection. The data were analyzed using descriptive and content analysis to see the relationship between the two variables. The results of the study found that online games that take place are able to effect the performance of secondary school student’s prayers. However, this study will be a pioneer in wider research focusing on the demographics of online games among society throughout Malaysia.

Published

2023-03-13