Penentuan Waktu Ibadah Solat dan Puasa di Bangunan Pencakar Langit [Determining The Times for Prayer and Fasting on Skyscraper Building]

Authors

  • All-Mu’izz Abas Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hafiz Safiai Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Salmah Abu Hasan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Ibrahim Azam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Razalie Hussaini Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Zon waktu, Burj Khalifa, Waktu solat, Puasa, Bangunan pencakar langit Time zones, Burj Khalifa, Prayer times, Fasting, Skyscraper

Abstract

Penentuan waktu adalah suatu kefarduan bagi umat Islam sebagai satu daripada syarat sah bagi ibadat solat dan puasa. Waktu tempoh pelaksanaan solat dan puasa ditetapkan mengikut pergerakan matahari yang terhasil daripada putaran Bumi di atas paksinya. Putaran Bumi selama 24 jam dari arah barat ke timur memperlihatkan pergerakan ketara matahari yang terbit dari arah timur hingga terbenam di sebelah barat merupakan faktor penting dalam penentuan waktu. Namun, terdapat beberapa keadaan yang membingungkan masyarakat Islam dalam penentuan masuk waktu yang sebenar apabila bangunan tersebut berada pada kedudukan koordinat yang sama tetapi berbeza dari segi ketinggian seperti di menara dan bangunan pencakar langit. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan zon waktu dalam aspek penentuan masuk waktu di bangunan pencakar langit tertinggi dunia pada masa ini iaitu Burj Khalifa. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati perbezaan ketinggian di Burj Khalifa memberikan pecahan kepada tiga zon waktu yang berbeza mengikut altitud. Ini sekali gus dapat memberikan panduan kepada negara-negara lain, terutama Malaysia yang juga mempunyai bangunan pencakar langit dalam membuat penentuan masuk waktu di bangunan tersebut.

Determination or prayer and fasting times is an obligation for Muslims as one of the requirements for the validity of the worship rituals. The period for the implementation of prayer and fasting is set following the movement of the sun resulting from the Earth revolution about its axis. Earth’s 24-hour revolution from west to east bringing about the apparent rising of the sun from the east and its setting in the west is an important factor in determining the time. However, a confusing situation arises for Muslims in determining the actual time for performing worship rituals when they are in high-rise buildings which are in the same position coordinates but at different heights as in towers and skyscraper buildings. This study intends to discuss the time zones with respect to determination of the worshipping time at the tallest skyscraper building in the world currently i.e., Burj Khalifa. This study is qualitative research using an approach of document analysis. The results of the study found that height difference at Burj Khalifa gives rise to three different time zones according to the altitude. This can serve as a guide to other countries especially Malaysia which also has skyscrapers in the determination of prayer times in such buildings.

Published

2023-02-04