Penggunaan TRAKIS (Traveller Kit for Solat) dalam Aktiviti Pelancongan dan Rekreasi [Use of TRAKIS (Traveller Kit for Solat) in Tourism and Recreational Activities]
Keywords:
Pelancongan; Pelancongan Islam; Rekreasi; Pemuda cara Solat; Inovasi, Tourism; Islamic tourism; Recreational; Facilitator of Solat; Innovation.Abstract
Abstrak: TRAKIS (Traveller Kit For Solat) merupakan kit inovasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL), Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) mengerjakan ibadah solat sewaktu melakukan aktiviti rekreasi disebabkan oleh fasiliti yang terhad dalam menunaikan ibadah solat. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar KKKT terhadap keberkesanan TRAKIS dari segi minat dalam memudahkan mereka untuk bersolat dan untuk melihat kesesuaian reka bentuk TRAKIS sewaktu pelajar melakukan aktiviti rekreasi. Kajian ini dilaksanakan secara deskriptif melalui instrumen soal selidik yang mengandungi 20 item dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 23. Responden kajian seramai 56 orang yang terdiri daripada pelajar akhir KKKT Sesi Julai 2020 dan Julai 2021. Hasil dapatan menunjukkan nilai skor min minat dan persepsi pelajar KKKT dan reka bentuk TRAKIS masing-masing adalah 3.56 dan 3.68 iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar menyatakan produk ini dapat membantu memudahkan mereka untuk menunaikan solat sewaktu melakukan aktiviti rekreasi dan pelajar memberikan reaksi yang positif terhadap penggunaan TRAKIS. Diharapkan produk ini dapat dipanjangkan dan diguna pakai kepada semua pelajar Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Dan Politeknik Malaysia. Produk inovasi ini juga mempunyai potensi yang besar dalam pasaran sebagai pemuda cara kepada pelancong yang ingin melancong keluar negara di mana kemudahan untuk solat sangat terhad.
Abstract: TRAKIS (Traveller Kit For Solat) is an innovation kit developed to facilitate students of the Tourism Adventure Certificate (SPL), Kota Tinggi Community College (KKKT) to perform prayers during recreational activities due to limited facilities in performing prayers. The main purpose of this study is to identify the level of perception of KKKT students towards the effectiveness of TRAKIS in terms of interest in making it easier for them to pray and to see the appropriateness of TRAKIS design when students are doing recreational activities. The study was conducted descriptively through a questionnaire instrument containing 20 items and analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) 23. A total of 56 respondents from KKKT Session July 2020 and July 2021. The findings showed that the mean score of interest and perception of KKKT students and the design of TRAKIS was 3.56 and 3.68 respectively, at a high level. This shows that overall the students stated that this product can help make it easier for them to perform their prayers during recreational activities and the students give a positive reaction to the TRAKIS application. It is hoped that this product will be extended and applied to all Tourism students of the Community College and Polytechnic Malaysia. This innovation also has great potential in the market as a facilitator for tourists who want to travel abroad where the facilities for solat are very limited.