Terapi Sifat Sombong Menurut Teori Spiritual al-Ghazali dan al-Muhasibi [Arrogance Therapy According to the Spiritual Theory of al-Ghazali and al-Muhasibi]

Authors

  • Nur Syazana Adam Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Syed Hadzrullathfi Syed Omar Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Terapi Jiwa, Sombong, Teori Spiritual, al-Ghazali, al-Muhasibi, Psychotherapy, Arrogance, Teori Spiritual

Abstract

Sifat sombong atau dalam Bahasa Arab, al-takbur merupakan salah satu sifat madhmumah yang menyebabkan jiwa pemiliknya sakit dan perlu disucikan daripada jiwa. Sifat sombong dapat didefinisikan sebagai suatu sifat yang menjadikan seseorang itu memperbesar-besarkan  dirinya dengan sesuatu yang dimiliki dan dirasakan dirinya mempunyai kelebihan  berbanding dengan insan di sekelilingnya. Oleh yang demikian, artikel ini cuba mengetengahkan perbincangan tentang terapi jiwa yang ditonjolkan oleh dua orang tokoh tasawuf silam muktabar iaitu al-Ghazali dan al-Muhasibi dalam merawat sifat sombong daripada terus menguasai jiwa seseorang individu. Justeru, kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dengan menjadikan karya-karya yang telah dihasilkan oleh al-Ghazali dan al-Muhasibi sebagai rujukan utama. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode deskriptif bagi menghasilkan dapatan kajian. Kajian mendapati bahawa sifat sombong adalah antara faktor utama yang mendorong seseorang untuk memandang rendah terhadap potensi yang dimiliki oleh individu lain. Di samping itu, dengan memiliki sifat ini juga akan menjadikan pemiliknya cenderung untuk memiliki sifat-sifat tercela yang lain yang akan menyebabkan jiwa semakin berada dalam keadaan yang lebih kritikal. Kajian menyimpulkan bahawa sifat sombong tidak sepatutnya tertanam di dalam jiwa Muslim kerana Allah SWT amat membencinya.

Arrogance or in Arabic, al-takbur is one of the madhmumah traits that cause the owner's soul to be sick and needs to be purified from the soul. Arrogance can be defined as a trait that makes a person exaggerate himself with something he owns and feels he has an advantage compared to the people around him. Therefore, this article tries to highlight the discussion about soul therapy highlighted by two figures of Sufism from the past, namely al-Ghazali and al-Muhasibi in treating pride rather than continuing to control the soul of an individual. Thus, this qualitative study uses the data collection method by making the works that have been produced by al-Ghazali and al-Muhasibi the main reference. All the data obtained were analyzed using the descriptive method to produce research findings. The study found that arrogance is one of the main factors that encourage a person to look down on the potential possessed by other individuals. In addition, having this trait will also make the owner tend to have other reprehensible traits that will cause the soul to be in a more critical state. The study concluded that arrogance should not be embedded in the Muslim soul because Allah SWT hates it.

Published

2023-01-21