Aplikasi Fiqh al-Awlawiyyat dalam Pemfatwaan: Sorotan Isu Perubatan Terpilih [The Application of Fiqh al-Awlawiyyat (Priorities) in Islamic Jurisprudence: Medical Issues Highlights]

Authors

  • Sarah Aqilah Mazuki Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Fadzhil Mustafa Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Hannan Fatini Md Reshad Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Fiqh al-awlawiyyāt, Clexane, Methadone, maṣlaḥah, ḍarūrah, Maqāṣid Syari’ah. Fiqh al-awlawiyyat, Clexane, Methadone, maṣlaḥah, ḍarūrah, Maqāsid Syari’ah

Abstract

Perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini telah memberi kesan yang besar kepada teknologi perubatan. Perkara ini membawa kepada penemuan pelbagai penyakit, kaedah rawatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun, perkembangan teknologi dalam dunia perubatan ini juga membawa kepada timbulnya permasalahan yang baharu dan memerlukan kepada penelitian secara terperinci terhadap hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis pengaplikasian fiqh al-awlawiyy?t dalam isu perubatan yang terpilih. Metodologi kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Manakala, kaedah dokumentasi digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan kajian dan analisis kandungan diaplikasikan dalam kaedah analisis data. Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada beberapa isu perubatan yang terpilih. Hasil kajian ini mendapati bahawa fiqh al-awlawiyy?t telah diaplikasikan dalam penetapan dan pengeluaran hukum di Malaysia. Pengeluaran fatwa yang dilakukan oleh institusi yang bertanggungjawab ini telah menunjukkan kepentingan menjaga maq?sid syari’ah ketika berlakunya sesuatu permasalahan. Oleh yang demikian, kajian ini menyimpulkan bahawa pengaplikasian fiqh al-awlawiyy?t dalam pengeluaran hukum juga merupakan salah satu aspek atau elemen yang perlu diberi perhatian yang khusus dalam memastikan hukum yang diputuskan tersebut selari dengan kehendak syarak. 

The development of technology nowadays has had a great impact on medical technology. This led to the discovery of various diseases, treatment methods, medicines and so on. However, the development of technology in the medical world also leads to the emergence of new problems and requires a detailed study of the laws related to it. The purpose of this study is to analyze the application of fiqh al-awlawiyy?t in selected medical issues. This qualitative research methodology uses a case study design. Meanwhile, documentation methods are used to gather information regarding the study and content analysis is applied in data analysis methods. This study also only focuses on some selected medical issues. The results of this study found that fiqh al-awlawiyy?t has been applied in the establishment and issuance of laws in Malaysia. The issuing of fatwas by responsible institutions has shown the importance of safeguarding the maq?sid shari'ah when a problem occurs. Therefore, this study concludes that the application of fiqh al-awlawiyy?t in the production of law is also one of the aspects or elements that need to be given special attention in ensuring that the law that has been decided is in line with the requirements of syariah.

Published

2022-09-30