Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Pembentukan Individu Muslim di Malaysia [The Relationship of Morals and Akidah to The Formation of Muslims in Malaysia]

Authors

  • Nur Aisya Asyikin Mohd Zurita Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Engku Ahmad Zaki Engku Alwi Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Akidah, Akhlak, Individu, Muslim, Malaysia

Abstract

Akidah dan akhlak merupakan dua komponen penting yang menjamin pembentukan seseorang Muslim untuk membina peribadi unggul. Akidah yang benar juga akan menatijahkan akhlak terpuji jika mengikut acuan Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dihadapi oleh masyarakat seperti keruntuhan akhlak, jenayah, rasuah dan lain-lain. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan akidah menurut Islam serta menjelaskan kesannya terhadap pembentukan individu, masyarakat dan negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan metode kajian menggunakan analisis kandungan dan analisis dokumen dengan membuat penelitian kajian lepas terhadap isu-isu yang berkaitan akidah dan akhlak. Hasil kajian mendapati hubungan akidah dan akhlak adalah signifikan dan ia menyumbang impak terhadap individu Muslim dalam membahaskan pembentukan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.

Published

2022-11-16