Kesesuaian Kaedah Usuliyyat al-Lughawiyyat sebagai Kaedah Analisis Data [Suitability of The Usuliyyat al-Lughawiyyat Method as a Data Analysis Method]

Authors

  • Kasimah Kamaruddin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Shahirah Said Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang

Keywords:

Kaedah Usuliyyat al-lughawiyyat, kaedah analisis data Usuliyyat al-lughawiyyat method, data analysis method

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian kaedah usuliyyat al-lughawiyyat sebagai kaedah analisis data. Kaedah usuliyyat al-lughawiyyat merupakan kaedah yang digunakan oleh ulama dalam menganalisis teks al-Quran dan Hadis. Kepentingan menguasai ilmu kaedah usuliyyat al-lughawiyyat ini adalah untuk menghindari daripada kesalahan mentafsir ayat al-Quran. Persoalannya, apakah aspek-aspek kesesuaian kaedah usuliyyat al-lughawiyyat sebagai kaedah analisis data? Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek-aspek kesesuaian kaedah usuliyyat al-lughawiyyat sebagai kaedah analisis data. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kitab-kitab dan kajian lepas dalam bidang usul fiqh dan seterusnya data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek kesesuaian kaedah usuliyyat al-lughawiyyat sebagai kaedah analisis data iaitu aspek epistemologi, tasawwur dan alat analisis. Akhirnya, kajian ini memberi sumbangan dalam kaedah analisis data penyelidikan berteraskan Islam.

This paper aims to analyse the suitability of the usuliyyat al-lughawiyyat method as a data analysis method. The Usuliyyat al-lughawiyyat method is a method used by scholars in analysing the text of the Quran and Hadith. The importance of mastering the knowledge of the method of usuliyyat al-lughawiyyat is to avoid mistakes in interpreting the verses of the Qur'an. The question is, what are the appropriate aspects of the usuliyyat al-lughawiyyat method as a data analysis method? The objective of this study is to identify the appropriate aspects of the usuliyyat al-lughawiyyat method as a data analysis method. This study uses a qualitative method by referring to books and previous studies in the field of usul fiqh and then the data is analysed using the content analysis method. The results of the study show that there are three aspects of the suitability of the usuliyyat al-lughawiyyat method as a data analysis method, namely epistemological aspects, tasawwur and analysis tools. Finally, this study contributes to the method of data analysis of research based on Islam.

Published

2022-11-11