Pembinaan Modul Pintar Murajaah al-Quran di Institusi Pengajian Tahfiz Malaysia [Development of al-Qur'an Murajaah Smart Module in Tahfiz Institution Malaysia]
Keywords:
Modul-Pintar-Murajaah-Huffaz Module-Smart-Murajaah-HuffazAbstract
Kecenderungan masyarakat dan ibu bapa terhadap sistem pendidikan tahfiz dapat dilihat apabila institusi tahfiz sentiasa menjadi pilihan ibu bapa sebagai intitusi pendidikan menengah atau tinggi bagi anak-anak mereka. Sistem pengajian tahfiz memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan disiplin yang baik kerana mereka memerlukan tumpuan dan menggunakan masa yang lebih bagi mengimbangi antara menghafaz al-Quran, menjaga hafazan serta mengikuti pengajian akademik dan ko-kurikulum yang lain. Sesuai dengan perkembangan kaedah pembelajaran terkini, sistem murajaah juga perlu dimodenkan sesuai dengan keperluan dan bebanan pelajar. Ia juga memerlukan satu modul penjagaan hafazan yang efektif dan menjimatkan masa bagi memastikan cita-cita melahirkan para profesional huffaz tercapai. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji teknik murajaah sedia ada yang diamalkan di pusat-pusat tahfiz sekarang, mengenal pasti elemen asas bagi murajaah yang memenuhi keperluan penghafaz al-Quran dan membina satu Modul Pintar Murajaah yang mempunyai ciri-ciri mesra huffaz. Kajian ini dibangunkan melalui proses-proses dalam beberapa fasa iaitu fasa pertama analisis keperluan, fasa kedua analisis kaedah-kaedah efektif dalam murajaah al-Quran, fasa ketiga mereka bentuk modul murajaah yang mesra huffaz dan fasa keempat membangunkan modul Pintar Murajaah yang mesra huffaz yang merangkumi dua bahagian iaitu penyediaan modul dan percubaan modul. Pelaksanaan percubaan Modul Pintar Murajaah menunjukkan hampir kesemua pelajar yang terlibat menunjukkan hasil yang positif. Hasil tersebut bukan hanya pada keputusan setelah ujian berlangsung, malah cara pelajar itu sendiri iaitu bacaan lebih lancar, tajwid lebih teratur dan kesalahan bacaan semakin berkurang. Hasil kajian ini akan digunakan oleh institusi tahfiz khususnya tahfiz integrasi akademik yang sememangnya masih tidak mempunyai modul khusus dalam bidang ini. Ia juga dijangka mampu meningkatkan kualiti hafazan pelajar tahfiz bukan hanya sekadar khatam hafazan sahaja tanpa mampu menguasai hafazan tersebut..
The tendency of society and parents towards the tahfiz education system can be seen when many parents choose tahfiz institutions as secondary or higher education institutions for their children. The tahfiz study system requires adequate time allocation and good discipline because they need focus and more time to balance memorizing the Quran, maintaining memorization, and following other academic and co-curricular activities. Following the development of the latest learning methods, the murajaah system also needs to be modernized according to the needs and burden of students. It also requires an effective and time-saving memorization maintenance module to ensure the aim of producing huffaz professionals is achieved. Therefore, this study aims to examine the existing murajaah techniques practiced in current tahfiz centers, identify the basic elements for murajaah that meet the needs of huffaz, and build a Smart Murajaah Module that has huffaz-friendly features. This study was developed through processes in several phases, namely needs analysis in phase one, analysis of effective methods in murajaah of the Quran in phase two, designing huffaz-friendly murajaah modules in phase three, and developing a huffaz-friendly Smart Murajaah Module that includes two parts: Module Preparation and Module Trial in phase four. The trial implementation of the Murajaah Smart Module showed that almost all the students involved showed positive outcomes. The outcome is not only in the results after the test but also in the way the students read more fluently, tajwid is more organized, and reading errors are reduced. The results of this study will be used by tahfiz institutions, especially academic integration tahfiz that still do not have specific modules in this field. It is also expected to improve the quality of tahfiz students’ memorization, not just to finish memorization without being able to master it.