Penerapan Konsep Dakwah bi al-Hal dalam Mendepani Dunia Siber di Kalangan Masyarakat Islam [Application of The Concept of Dakwah bi al-Hal in Facing The Cyber World among The Muslim Community]

Authors

  • Mohamad Nurul Hafiz Ab Latif Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Aisyah Dollah @ Abdullah Universiti Malaysia Terengganu
  • Ismahdalillah Ariffin Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
  • Mhd Faizal Mhd Ramli Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Siti Fatimah Salleh Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nor Salimah Abu Mansor Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Berhanundin Abdullah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Rahimah Embong Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Dakwah bil hal, masyarakat, dunia siber, konsep dakwah, media sosial. Da'wah bill hal, society, cyber world, da'wah concept, social media.

Abstract

Kepesatan teknologi masa kini menyebabkan para pendakwah perlu bersaing secara kompeten dan positif dalam mendepani arus globalisasi. Keadaan ini dapat dilihat kepada kecenderungan masyarakat sekarang yang semakin terpengaruh dengan dunia siber hampir dalam semua urusan kehidupan. Justeru itu, antara cara dakwah yang berkesan dalam mendepani kepesatan globalisasi saat ini adalah dakwah bi al-hal kerana pendekatan tersebut lebih berkemampuan menarik minat mad’u menuju kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah bi al-hal juga dikenali sebagai qudwah hasanah iaitu suri teladan yang baik. Skop dakwah bi al-hal yang sinonim dengan contoh akhlak atau peribadi yang baik dalam kalangan pendakwah dari segi percakapan, perbuatan dan amalan seharian sahaja bahkan termasuk juga apa yang telah dikongsikan di media sosial sebagai medium dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan dakwah bi al-hal dunia siber dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia seterusnya menganalisis konsep dakwah bi al-hal dunia siber dan perlaksanaannya. Metodologi yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini adalah berdasarkan kajian analisis kandungan dengan mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian internet. Data dianalisis secara induktif dan deduktif.  Kajian mendapati beberapa konsep dakwah secara umum telah dipraktikkan dengan baik dan berkesan oleh para pendakwah namun penggunaan konsep dakwah bi al-hal dunia siber dalam kalangan masyarakat Malaysia ini sangat rendah dan perlu dioptimumkan penggunaannya kerana jumlah mad’u di media sosial adalah lebih tinggi berbanding mad’u di masjid atau pusat-pusat pengajian agama. Semoga kajian ini menjadi rujukan kepada pendakwah khususnya dan umat Islam amnya dalam memastikan konteks dan pengaplikasian yang relevan untuk diadaptasi oleh setiap lapisan masyarakat, agensi, badan, jabatan, NGO, pertubuhan, intitusi dan setiap pemegang taruh berkaitan.  Justeru, penghayatan dakwah bi al-hal dalam dunia siber adalah penting sebagai usaha murni dalam memperkasa gerak kerja dakwah di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, kaum dan budaya. Ia mampu membentuk masyarakat yang unggul akhlak dan secara langsung menyumbang modal insan yang holistik mengikut acuan Al-Quran Al-Sunnah dalam pembangunan masyarakat yang terulung.

The speed of today's technology causes preachers to compete competently and positively in the face of globalization. This situation can be seen in the tendency of society today which is increasingly influenced by the cyber world in almost all matters of life. Therefore, one of the most effective ways of preaching in the face of the rapid pace of globalization today is the da’wah bi al-hal because that approach is more capable of attracting the interest of audience towards goodness and preventing evil. Da’wah bi al-hal is also known as qudwah hasanah which is a good role model. The scope of da’wah are synonymous with good moral or personal examples among preachers in terms of conversations, actions and daily practices only even including what has been shared on social media as a medium of da'wah. Thus, this study aims to look at the implementation da’wah bi al-hal in cyber world affairs among the Muslim community in Malaysia and then analyze the concept da’wah bi al-hal in cyber world affairs and its implementation. The methodology used in producing this paper is based on content analysis research by applying library and internet research. Data were analyzed inductively and deductively. The findings of this article indicate that several da'wah concepts in general have been practiced well and effectively by preachers but the use of the da'wah concept of cyber world affairs among the Malaysian community is very low and its use needs to be optimized because the amount of mad’u on social media is higher than mad’u in mosques or centers of religious studies. Hopefully this study will be a reference for preachers in particular and Muslims in general to ensure relevant context and application to be adapted by every level of society, agencies, bodies, departments, NGOs, organizations, institutions and every relevant stakeholder. Thus, the appreciation of da’wah bi al-hal in the cyber world is important as a noble effort in empowering da'wah work in Malaysia which has a diversity of religions, races and cultures. It is able to form a morally superior society and directly contribute holistic human capital according to the Al-Quran and Al-Sunnah in the development of the best society.

Published

2022-09-30