Kefungsian Keluarga dalam Perspektif Islam: Sorotan Awal [Family Functionality in The Islamic Perspective: Preliminary Highlights]
Keywords:
Kefungsian, keluarga, perkahwinan, Islam. Functionality, family, marriage, Islam.Abstract
Institusi keluarga dan masyarakat Islam hari ini semakin tenat dengan pelbagai masalah rumahtangga dan masalah sosial. Perceraian berlaku hanya disebabkan perkara remeh-temeh. Sementara kerapuhan jati diri dan lemahnya pegangan agama dalam diri anak-anak dapat dilihat apabila anak-anak dengan mudah terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang merosakkan. Justeru kajian ini dijalankan untuk meneliti bagaimana seharusnya sebuah keluarga dapat berfungsi dengan baik dalam perspektif Islam. Memandangkan kajian-kajian lepas mengenai kefungsian keluarga lebih tertumpu kepada budaya dan perspektif Barat. Untuk itu, penelitian terhadap ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W, penulisan-penulisan ulama Islam khususnya ulama tafsir, hadis dan fiqh dan sebagainya dijalankan bagi membincangkan kefungsian keluarga menurut Islam. Hasil penelitian mendapati empat indikator penting menentukan kefungsian keluarga dalam perspektif Islam iaitu kepimpinan keluarga, komunikasi keluarga, kesepaduan dalam hubungan dan memenuhi fungsi-fungsi keluarga. Indikator-indikator ini merupakan elemen penting dalam sebuah keluarga yang jika tidak dijalankan dengan baik sebagaimana dikehendaki Islam maka akan berlaku ketidakfungsian, kepincangan, kerosakan dan keruntuhan institusi perkahwinan dan keluarga.
The Muslim family institution and society of today are becoming more critical due to all kinds of domestic and social problems. Divorces are simply triggered by trivial issues. While fragile sense of self-identity and weak religious adherence in children become apparent when they are easy to involve in various harmful negative activities. Therefore, this study was conducted to investigate how a family should be able to function well in the Islamic perspective. Past studies on family functionality have been more focused on Western culture and perspective. For that reason, research on the verses of the Quran and the hadiths of the Prophet (PBUH), literature of Islamic scholars, especially the Tafsir, Hadith and Fiqh scholars and so on has been carried out to discuss family functionality according to Islam. The research discovered four key indicators that determine family functionality in the Islamic perspective, which are family leadership, family communication, cohesion in relationships, and fulfilling the functions of a family. These indicators are important elements within a family that, if not carried out properly as required by Islam, will lead to the dysfunctionality, instability, breakdown and destruction of both marriage and family institutions.