Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Metode Penghujahannya dengan al-Sunnah dalam Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba [Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas and Methods His Argument with The Sunnah in The Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay' wa al-Riba]

Authors

  • Hasanulddin Mohd Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Zurita Mohd Yusoff Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Engku Ibrahim Engku Wok Zin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd A'Tarahim Mohd Razali Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdul Qahhar Ibrahim Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas & Risalah fi Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba

Abstract

Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas ialah seorang ulama Fatani yang telah berhijrah dan menetap di Terengganu serta turut menyumbang dalam memperkayakan khazanah penulisan pengajian Islam. Karyanya yang berjudul Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay’ Wa Al-Riba merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian dalam membicarakan fiqh muamalat, khasnya dalam bab jual beli, riba, dan mudharabah. Kajian akan cuba mengetengahkan biodata ringkas pengarang, sejarah penulisan kitab, isi kandungan dan analisis terhadap penghujahan pengarang dengan al-Sunnah di dalam kitab beliau. Data dikumpul daripada tinjauan perpustakaan, metode dokumentasi, serta dianalisis menggunakan metode analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas telah menggunakan sumber hadith dengan jayanya dalam penulisan beliau, di samping mempunyai metodologi yang tersendiri dalam menulis pendalilan hadith terhadap hukum-hukum fiqh. Sebagai penutup, kajian terhadap kitab beliau ini seharusnya dirancakkan agar masyarakat kini dapat mengambil manfaat daripadanya.

Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas is an influenced Islamic scholar in Terengganu. He also contributed in enriching the collection of writings, especially in Islamic studies. His book, entitled Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay’ Wa Al-Riba is the essential reference in discussing fiqh al-Muamalat, especially in the topic of purchase, interest, mudharabah and others. The study will attempt to highlight the biodata of the author, the history of the book, as well as analyzing the al-Sunnah in his book. The data were collected from library research and documentation metode. They were analysed by analysis content metode. The study found that Syeikh Bukit Bayas used the source of al-Sunnah effectively. Finally, the study of the book should be increased, so that people can take benefit from it.

Published

2022-11-03