Memahami Kebebasan Asasi Menurut Perlembagaan dalam Mendepani Cabaran Semasa [Understanding The Fundamental of Freedom from The Constitution in Exception of Nowadays Challenges]

Authors

  • Ahmad Farid Ibrahim Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ahmad Jazlan Mat Jusoh Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Rahim Ariffin Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

kebebasan asasi, Perlembagaan Persekutuan, syarak fundamental freedom, Federal Constitution, Sharia

Abstract

Artikel ini memperjelaskan kepada masyarakat Malaysia amnya sebagai sebuah bentuk perincian terhadap Konsep Kebebasan Asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana ianya mempunyai pelbagai peruntukan-peruntukan lain atau Perkara-Perkara yang di letakkan pada Bahagian II iaitu Kebebasan Asasi. Konsep ini terbahagi kepada beberapa Perkara utama iaitu pada Perkara 5 Kebebasan Asasi, Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang, Perkara 7 Perlindungan daripada Undang-undang jenayah kuasa ke belakang dalam perbicaraan berulang, Perkara 8 Kesamarataan, Perkara 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan, Perkara 11, Kebebasan beragama, Perkara 12 Hak berkenaan dengan pendidikan dan Perkara 13 Hak terhadap harta. Perkara-Perkara yang di sebutkan ini merupakan suatu perkara penting dan perkara asas untuk di fahami dalam mencapai satu hasil dan ke arah mendepani cabaran semasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

This article clarifies to the Malaysian society in general as a form of detail on the Concept of Freedom contained in the Federal Constitution where it contains various other provisions of Articles set forth in Part II of the Fundamental Liberties. The concept is divided into several main points for example Article 5 Right To Life Liberty, Article 6 No Slavery, Article 7 No Retrospective Criminal Laws Or Increases In Punishment And No Repetition Of Criminal Trials, Article 8 Equality, Article 9 Prohibition Of Banishment And Freedom Of Movement, Article 10 Freedom Of Speech, Assembly And Association, Article 11, Freedom Of Religion, Article 12 Rights In Respect Of Education And Article 13 Right To Property. The things mentioned here are important and fundamental things to be understood in achieving one outcome and towards addressing the challenges of the multi-racial, racial and religious of Malaysians.

Published

2022-09-30