Penjejakan Naskhah Zahrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid Karya Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani [The Tracing of Zahrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid’s Scripts, Works of Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani]

Authors

  • Mohd Zulkifli Talib Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Engku Ibrahim Engku Wok Zin Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Penjejakan naskhah, Zahrah al-Murīd, ‘Abd al-Ṣamad al-Falimbānī, Kitab Jawi, Akidah Script’s tracing, Zahrah al-Murīd, Abd al-Ṣamad al-Falimbānī, Jawi Books, Theology

Abstract

Zahrah al-Murid merupakan karya akidah penting di Alam Melayu yang ditulis oleh seorang tokoh terkenal iaitu ‘Abd al-Samad al-Falimbani. Zahrah al-Murid termasuk antara karya-karya akidah terawal di Alam Melayu iaitu pada tahun 1765 M. Perbahasannya berkaitan kalimah tauhid iaitu kalimah La Ilah Illa Allah Muhammad Rasul Allah. Walaupun begitu, Zahrah al-Murid kurang dikenali dalam masyarakat kerana perbahasannya banyak membabitkan ilmu alat seperti ilmu nahu, balaghah dan mantik. Ini menyebabkan Zahrah al-Murid jarang dijadikan teks pengajian di pusat-pusat pengajian. Kajian ini cuba menjejaki naskhah-naskhah Zahrah al-Murid sama ada naskhah salinan atau cetakan. Dalam pengumpulan data, pengkaji telah melakukan penjejakan secara fizikal dan maya ke atas institusi dan individu yang berkemungkinan menyimpan naskhah Zahrah al-Murid. Hasil penjejakan menemui sebanyak 16 naskhah Zahrah al-Murid iaitu 15 naskhah bertulisan tangan dan satu naskhah cetakan tersimpan di sembilan institusi dan seorang individu. Sepuluh naskhah merupakan naskhah lengkap manakala enam naskhah lagi tidak lengkap. Hanya empat naskhah ada mencatatkan nama penyalin dan satu naskhah nama pentashih. Ini menunjukkan Zahrah al-Murid pernah tersebar pada suatu ketika dahulu. Hasil penjejakan disimpulkan seperti dalam Jadual 1. Hasil kajian ini diharapkan dapat memasyhurkan kembali Zahrah al-Murid dalam masyarakat serta digunakan semula sebagai teks pengajian di pusat-pusat pengajian di Alam Melayu. Seterusnya, membantu para pengkaji dalam mendalami kajian berkenaan ‘Abd al-Samad al-Falimbani dan Zahrah al-Murid.

Zahrah al-Murid is one of important religious work in Malay World written by ‘Abd al-Samad al-Falimbani, a notable figure. Zahrah al-Murid is one of the earliest works on Islamic theology in the Malay world, which was in 1765 AD. In Zahrah al-Murid, Abd al-Samad al-Falimbani debates about ‘Kalimah Tawhid’ that is La Ilah Illa Allah Muhammad Rasul Allah, indivisible oneness concept of monotheism in Islam . Unfortunately Zahrah al-Murid less known among the public since the discussion mainly about Classical Islamic Studies courses comprise both what is traditionally called auxiliary disciplines, such as grammar (nahw), logic (mantiq) and rhetoric (balaghah). This has lead to rarely used of Zahrah al-Murid as reference in the study institutions. This study is seek to trace any script of Zahrah al-Murid either copied or printed. While the process of gathering the datas, the researchers have done physical and virtual tracing on possible institutions and individuals that might have the copies of Zahrah al-Murid scripts. As results, 16 scripts has been found, 15 handwritten scripts and a printed scripts were kept at nine institutions and by an individual. Ten of the scripts are complete scripts while the rest are partial. Name of copiyst were stated on four of the copies and only one stated the name of the reviser. This shown that Zahrah al-Murid has widely used in the past. The tracking results are summarized as in Table 1. This research are expected to re-popularise Zahrah al-Murid in the community and be reused as a study reference in learing institutions in Malay World. In addition, it will help researchers in understanding the studies about ‘Abd al-Samad al-Falimbani and Zahrah al-Murid.

Published

2022-09-30