Pengurusan Takmir dan Peranan dalam Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Perak [Takmir Management and The Role in Development Mosque and Surau of Perak State]

Authors

  • Muhammad Imran Ibrahim Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Nizam Sahad Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Faizal Abdul Khir Universiti Sultan Azlan Shah
  • Saiful Azizi Abd Manap Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Keywords:

Pengurusan, Takmir, Pengimarahan masjid Perak, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, JAKIM dan JAIPk Management, Takmir, Development of Perak mosque, administrative coordinator of the district mosque, JAKIM and JAIPk

Abstract

Pengurusan adalah merupakan aspek penting dalam setiap organisasi. Pengurusan yang baik akan memastikan peranan sesuatu institusi dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menghasilkan impak yang maksimum sejajar matlamat yang dikehendaki. Objektif penulisan ini adalah bagi mengidentifikasi peranan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dalam pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak. Ia menekankan kepada aspek pengurusan yang dilaksanakan bagi mengurus aktiviti pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak melalui program takmir. Selain daripada itu, kajian ini mengetengahkan transformasi pencapaian program takmir di Perak. Bagi mencapai maksud ini, kaedah dokumentasi digunakan sebagai metodologi penyelidikan untuk mengumpul data dan metode analisis deskriptif digunakan untuk tujuan penganalisisan. Kertas ini dipecahkan kepada beberapa pecahan utama iaitu pendahuluan latar belakang, pengurusan takmir negeri Perak dan peranan takmir dalam pengimarahan masjid dan surau negeri Perak. Kajian ini mendapati bahawa pengurusan takmir dijalankan dengan struktur pengurusan yang teratur dan mempunyai peranan penting dalam pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak.  

Management is an important aspect in every organization. Good management will ensure that the role of an institution can be implemented perfectly and generate maximum impact that in line with the desired goals. The objective of this writing is to identify the role of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) and the Perak Department of Islamic Religion (JAIPk) through the Takmir Unit under the Mosque Management Division JAIPk in the development of mosques and suraus in the state of Perak. It emphasizes on the management aspects in managing the activities of mosques and suraus in the state of Perak through the takmir program. Apart from that, this study focuses on the achievements from the transformation of the takmir program in Perak. To achieve this purpose, the documentation method is been used as a sole methodology to collect data and the descriptive analysis method is utilised for the purpose of analysis data. This paper is divided into several main sections, namely the introduction, the management of takmir in the state of Perak and the role of takmir in the development of mosques and suraus in the state of Perak. This study found that the management of takmir programme by JAKIM dan JAIPk is carried out with an organized structural management and has an important role in the development of mosques and suraus in the state of Perak.  

Published

2022-06-30