Peranan dan Cabaran KAGAT dalam Membina Kesejahteraan Masyarakat Malaysia [KAGAT'S Role and Challenges in Building The Well-Being of Malaysian Society]

Authors

  • Mohd Subri Ghazali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhamad Razak Idris Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nozira Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Angkatan Tentera Malaysia, KAGAT, Islam di Malaysia, dakwah dan masyarakat sejahtera Malaysian Armed Forces, KAGAT, Islam in Malaysia, Dakwah and a prosperous society

Abstract

Kesejahteraan masyarakat merupakan matlamat terpenting yang ingin dicapai oleh agama Islam. Konsep Islam rahmatan lil alamin iaitu agama Islam sebagai rahmah untuk seluruh alam yang terkandung dalam al-Quran merupakan asas pemikiran penting yang memandu umat Islam merealisasikan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat. Kajian ini mendapati Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) merupakan sebuah institusi yang turut menyumbang dengan aktif dalam mencapai kesejahteraan masyarakat Malaysia terutama di kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sehubungan itu, kajian ini menghuraikan sejarah dan tujuan penubuhan KAGAT serta menganalisis peranan dan cabaran yang telah dilaksanakan oleh KAGAT bagi membina kesejahteraan masyarakat Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan metode analisis dokumen dan temubual bagi mencapai tujuan tersebut. Kajian mendapati KAGAT telah mengaplikasikan pendekatan pembangunan sumber insan berasaskan konsep daie askari dalam usaha membina warga ATM yang berilmu dan berbakti kepada masyarakat dan negara. Program dakwah bagi membina masyarakat sejahtera terbahagi kepada aspek rohaniah, ilmiah dan kebajikan sosial. Bagi memastikan keberkesanan program pembinaan masyarakat sejahtera, beberapa syor penambahbaikan dikemukakan antaranya keperluan bagi pengukuhan program latihan warga ATM, penambahan keanggotaan KAGAT, serta peningkatan tahap kefahaman qadhaaya al-dakwah kepada anggota KAGAT merupakan langkah paling berkesan melonjakkan lagi peranan KAGAT.

The well-being of society is the most important goal that Islam wants to achieve. The Islamic concept of rahmatan lil alamin, which is the religion of Islam as mercy for the whole world contained in the Qur'an, is an important basis of thought that guides Muslims to realize well-being in a society. This study found that the Religious Corps of the Malaysian Armed Forces (KAGAT) is an institution that contributes actively in achieving the well-being of Malaysian society, especially among members of the Malaysian Armed Forces (ATM). Accordingly, this study describes the history and purpose of establishing KAGAT and analyzes the role and challenges that KAGAT has implemented to build the well-being of Malaysian society. This study applies the method of document analysis and interviews to achieve that goal. The study found that KAGAT has applied the human resource development approach based on the daie askari concept in an effort to build ATM citizens who are knowledgeable and devoted to the community and country. The preaching program to build a prosperous society is divided into spiritual, scientific and social welfare aspects. In order to ensure the effectiveness of the program of building a prosperous community, several improvement recommendations were put forward including the need for strengthening the training program for ATM residents, increasing the membership of KAGAT, as well as increasing the level of understanding of qadhaaya al-dakwah for KAGAT members is the most effective step to further boost the role of KAGAT.

Published

2022-06-30