Maqasid Tauhidiah dalam Ibadat Haji [Maqasid Tauhidiah in Ibadah of Hajj]
Keywords:
Ibadat, Haji, Maqasid, TauhidAbstract
Ibadat haji mempunyai pelbagai maq??id, antaranya adalah yang berkaitan dengan aspek tauhid. Mentauhidkan Allah s.w.t adalah kewajipan setiap mukalaf. Ia juga menjadi maq??id utama dalam ibadat haji. Hal ini demikian kerana tauhid merupakan elemen pokok yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam risalah yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Erti mentauhidkan Allah s.w.t kebiasaannya ditonjolkan secara teori iaitu mengimani keesaan Allah s.w.t dengan iktikad perbezaan-Nya dengan makhluk dari segi zat, sifat dan perbuatan. Namun, terdapat anggapan yang menyatakan bahawa erti ketauhidan adalah lebih luas daripada lingkungan itu. Makalah ringkas yang menggunakan metode induktif ini menggali prinsip-prinsip dasar ketauhidan dalam ibadat haji bagi mengenal pasti maq??id berasaskan tauhid yang digariskan oleh syarak. Makalah ini mendapati bahawa ibadat haji banyak menonjolkan maq??id tauhidiah dalam ritual-ritualnya yang membentuk satu konsep ketauhidan yang lebih luas. Antara maq??id tauhidiah yang dikenal pasti ialah mengembalikan syiar ketauhidan di mash?’ir, memperbezakan syiar haji Islam dengan kebiasaan orang-orang musyrik, mengikhlaskan niat dalam pelaksanaan ibadat dan menolak unsur-unsur syirik serta khurafat dalam peribadatan.
The ibadah of hajj encompasses various of maq??id, among which are related to the aspect of tawhid (oneness of Allah). Asserting oneness of Allah s.w.t. is the responsibility of each mukallaf (accountable person). Is is also serve as a main maq??id in the ibadah of hajj. This is due to the aspect of tawhid as one of the fundamental elements commanded by Allah via the messages brought by the prophets and messengers. The meaning of asserting oneness of Allah s.w.t. is usually portrayed theoretically by believing the supremacy of Allah by acknowledging the difference of Him with the creatures from the aspect of substance, attribute, and action. Yet, there are assumptions of stating that the meaning of tawhid is far broader from that respective sphere. This simple article used inductive method in exploring the basic principle of tawhid in the ibadah of hajj for identifying the maq??id based on the tawhid that has been outlined by syara’. This article identified that the ibadah of hajj is greatly emphasizes maq??id tawhidiyyah in its practices which forms a broader concept of tawhid. Among the identified maq??id tawhidiyyah is the revival of the syiar (the symbol of glory) of tawhid in mash?’ir, differentiating the syiar of Islamic hajj from the rituals of non-believers, purifying intention in the implementation of ibadah and discarding the elements of shirk and superstition in the act of ibadah.