Perkahwinan dengan Wanita Ahli Kitab menurut Ijitihad 'Umar bin al-Khattab [Marriage with a Woman of Ahli Kitab According to Ijitihad 'Umar bin al-Khattab]

Authors

  • Jupriadi Ramli Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Ibnor Azli Ibrahim Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Keywords:

Ijtihad, Umar bin Khattab, Ahli Kitab, Perkahwinan Marriage

Abstract

Keharusan berkahwin dengan wanita Ahli Kitab telah dinyatakan secara jelas dalam al-Quran. Namun selepas itu Umar bin Khattab telah melarang para sahabat di zaman pemerintahannya untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab. Para ulama dari berbagai mazhab selepas itu berselisih pendapat dalam isu ini dengan berbagai dalil sama ada menolak atau menerima. Kajian ini akan melihat kekuatan ijtihad Umar bin Khattab dalam isu ini dan apakah sandaran beliau dalam larangan tegas yang dikenakannya kepada para sahabat pada ketika itu. Metode yang digunakan ialah deskriptif analisis untuk mengkaji ijtihad Umar bin Khattab yang zahirnya seperti bertentangan dengan nas al-Qur’an. Ijtihad beliau akan dinilai dari sudut maqasid syariah untuk mengenalpasti tujuan hukum dari ijtihad beliau tersebut. Kajian ini mendapati bahawa banyak hasil ijtihad Umar bin Khattab di antaranya larangan perkahwinan dengan wanita Ahli Kitab adalah ijtihad yang tepat untuk zamannya. Umar bin Khattab juga amat memahami mafhum sesuatu  nas yang dari kategori yang menerima perubahan hukum. Beliau akan meneliti makna sesuatu nas lalu menyesuaikannya dengan konteks semasa.

The necessity of marrying a woman of Ahli kitab has been clearly stated in the Qur’an. But after that Umar bin Khattab had forbidden the companions during his reign to marry women of Ahli kitab. Scholars of various schools of thought have since disagreed on this issue with various arguments either rejecting or accepting. This study will look at the strength of Umar bin Khattab’s ijtihad on this issue and what he relied on in the strict prohibition he imposed on the Companions at that time. The method used is descriptive analysis to examine Umar ibn Khattab’s ijtihad which seems to contradict the Qur’anic text. His ijtihad will be assessed from the angle of maqasid sharia to identify the legal objectives of his ijtihad. This study finds that many of the results of Umar bin Khattab’s ijtihad, including the prohibition of marriage with women of Ahli kitab, were appropriate ijtihad for his time. Umar ibn Khattab was also well versed in the mafhum of texts that are of a category that accepts changes in the law. He would research the meaning of a text and then adjust it to the context of his time.

Published

2022-06-17