Syubhah dalam Premis Makanan: Peranan Pensijilan Halal sebagai Kaedah Penyelesaian [Syubhah in Food Premises: The Role of Halal Certification as The Solution]
Keywords:
Syubhah, Premis Makanan, Sijil HalalAbstract
Dalam menentukan syubhah dalam premis pemakanan, persepsi orang yang tidak mengetahui garis panduan tertentu, ditakuti menyebabkannya terjerumus dalam perkara haram. Adapun garis panduan yang menerangkan prinsip-prinsip penentuan syubhah boleh dikongsi kepada orang ramai kerana pada penghujungnya, orang ramai juga yang bertanggungjawab atas makanan yang dimakan oleh mereka sendiri. Dengan undang-undang bertulis di Negara Brunei Darussalam, maka garis panduan pensijilan halal telah dikemaskinikan dan sijil halal sudah diberikan kepada premis-premis makanan yang lulus diperiksa oleh juruaudit. Akan tetapi, kebanyakan dari premis-premis tersebut adalah pemilikan bukan Islam malah terdapat tukang masak dari premis-premis tersebut bukan beragama Islam. Kajian ini dibuat juga adalah untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap Pensijilan Halal di Negara Brunei Darussalam. Skop kajian ini akan lebih tertumpu kepada huraian-huraian Syubhah dalam ruang lingkup Mazhab Syafi’e. Namun, ada sebahagian pendapat-pendapat ulama dari mazhab yang lain difikirkan perlu akan diserapkan dalam kajian ini. Kajian ini akan menumpukan kepada masyarakat dan institusi yang mengurus-setia pensijilan halal di Negara Brunei Darussalam iaitu, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dari segi undang-undang pula, kajian ini menumpukan kepada undang-undang pensijilan halal yang ada di Negara Brunei Darussalam.
In the matter of determining syubhah in the food premises, the perception of people who do not know the specific guidelines is feared to cause them to fall into unlawful things. The guidelines that explain the principles to determine syubhah shall be shared with the public because, in the end it is the public’s responsibility for their own food consumption. With the provisions in the written law in Brunei Darussalam, the halal certification guidelines have been updated accordingly, and halal certificates are issued to food premises that have been qualified by the auditors’ inspection. However, most of the premises are owned by non-Muslims, and even some of the cooks are also non-Muslims. This study was conducted to examine the public's perception of Halal Certification in Brunei Darussalam. The scope of this study will focus more on the descriptions of Syubhah within the scope of Mazhab Syafi’e. However, some of the opinions of scholars from the other sects are to be mentioned in this study if considered necessary. This research will also focus on the institution that manages the halal certification procedure in Brunei Darussalam, namely, the Halal Food Control Division, Department of Shariah Affairs, Ministry of Religious Affairs. From a legal perspective, this research only focuses on the halal law commenced in Brunei Darussalam.