Tinjauan Berkaitan Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 [Overview on The Creativity Practice of Islamic Education Teachers in Teaching and 21st Century Learning]

Authors

  • Maliki Md Mokhtar Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Nizam Sahat Universiti Sains Malaysia

Keywords:

kreativiti guru, pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran abad ke-21

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perubahan baharu dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Selain membawa perubahan baharu dalam pendidikan, PAK21 dikatakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan guru. Antara amalan yang perlu diterapkan oleh guru dalam PAK21 ialah amalan kreativiti. Kertas konsep ini membincangkan amalan kreativiti para guru dalam pengajaran dan pembelajaran PAK21. Kertas konsep ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis daripada kajian-kajian lepas. Kertas konsep ini juga menjelaskan konsep amalan kreativiti, para  guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas konsep ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan mutu kualiti pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya mendapati guru perlu berusaha menambah kepakaran dalam kreativiti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, peka terhadap perubahan yang berlaku amat penting untuk dititikberatkan dalam kalangan guru pada abad ke 21 ini.

21st century learning (PAK21) in teaching and learning is a new change in the world of education because it is seen to be able to meet the needs of education today. Apart from bringing new changes in education, PAK21 is said to be a teaching and learning process centered on students and teachers. Among the practices that need to be applied by teachers in PAK21 is the practice of creativity. This concept paper discusses the creativity practices of teachers in the teaching and learning of PAK21. This concept paper uses a literature review through analysis from past studies. This concept paper also explains the concept of creativity practice, teachers in teaching and learning. This concept paper is one of the efforts to improve the quality of teaching in the teaching and learning process. The results found that teachers need to strive to increase expertise in creativity to produce effective teaching and learning. Therefore, being sensitive to the changes that are taking place is very important to be emphasized among teachers in the 21st century.

Published

2022-04-30