Prinsip Islam dalam Sembelihan di Rumah Sembelihan Gong Badak

Authors

  • Hussein Mat Razali
  • Anas Mohd Yunus

Keywords:

Prinsip, Sembelihan, Binatang, syarak

Abstract

Sembelihan binatang merupakan perkara penting dalam kalangan umat Islam. Ini kerana ia menentukan sama ada dagingnya boleh dimakan atau tidak. Oleh itu, sembelihan binatang mestilah menurut prinsip Islam agar dagingnya boleh dimakan oleh orang Islam yang menjadi majoriti penduduk Malaysia. Namun prinsip-prinsip tersebut tidak dinyatakan secara zahir di rumah sembelihan. Oleh itu, tulisan ini memaparkan prinsip Islam dalam sembelihan di premis tersebut. Kajian yang dijalankan di rumah sembelihan Gong Badak mempunyai standard yang sama dengan rumah-rumah sembelihan yang lain di Malaysia. Kajian mendapati amalan sembelihan di rumah sembelihan Gong Badak adalah menepati prinsip-prinsip Islam. Sehubungan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan definisi sembelihan menurut syarak, hikmah sembelihan, prinsip Islam dalam proses sembelihan, cara pemeriksaan keadaan kesihatan binatang sembelihan, alat sembelihan, kaedah sembelihan binatang korban di Abatoir dan proses pembersihan selepas sembelihan korban di Kompleks Abatoir Gong Badak. Dalam kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana data-data dan maklumat yang dikumpulkan dalam bentuk dokumen dan temu bual akan dianalisis dalam bentuk kaedah analisis kandungan. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa pengurusan sembelihan di Kompleks Abatoir Gong Badak adalah mengikut piawaian syarak.

Published

2019-05-06