Wacana Humanisme Pada Abad Pertengahan [The Discourse Of Humanism In The Middle Ages]

Authors

  • Siti Jalilah Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Fariza Alyati Wan Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Humanisme, falsafah barat, abad pertengahan Humanism, western philosophy, middle age

Abstract

Kemunculan pelbagai isme-isme yang mencorak pemikiran manusia pada hari ini dibentuk oleh tamadun Barat sejak abad pertengahan yang lalu. Konsep humanisme menjunjung tinggi nilai dan kedudukan manusia serta menjadikannya sebagai asas utama kepada semua perkara.  Jika diteliti kepada perkembangan awal intelektual masyarakat di Eropah tidak dapat disangkal lagi aliran humanisme merupakan induk kepada kelahiran aliran-aliran pemikiran yang lain. Perkembangan falsafah awal Barat ini sentiasa dibincangkan dan dikaji oleh para sarjana dalam merungkai kepelbagaian idealisme yang mencorak tamadun manusia pada hari ini. Oleh yang demikian, kewajaran untuk mengkaji konsep humanisme dan isu-isu yang timbul harus diberi perhatian untuk memahami kompleksiti perkembangan falsafah dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Objektif kajian ini adalah untuk mengupas kemunculan fahaman humanisme serta perkembangan yang berlaku pada kurun ke-15 hingga ke-19. Kajian ini berdasarkan metode kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini mendapati konsep humanisme pada peringkat awalnya masih mempunyai keterikatan yang erat pada agama. Namun setelah berkembangnya kegiatan ilmu pengetahuan dan kemajuan bidang sains melahirkan masyarakat yang lantang menyuarakan idea sehingga cuba memisahkan agama daripada urusan kehidupan. Pada peringkat akhirnya berlaku perpisahan mutlak dengan menolak dogma agama dan kewujudan Tuhan. Kesan daripada proses yang berlaku turut memberi impak kepada umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ciptaan Barat dari sudut akidah dan keimanan mereka.

The emergence of various ideologisms that construct human’s thought today has been shaped by Western civilization since the last middle age. The concept of humanism upholds human values and position makes them the main foundation of all things. If we observe at the early intellectual development of society in Europe, it is undeniable that humanism is a catalyst for the other schools of thought. The development of early Western philosophy is constantly discussed and studied by scholars in unraveling the diversity of idealisms that shape human civilization today. Therefore, the appropriateness of studying the concept of humanism and the issues that arise should be given attention to understand the complexity of the development of philosophy and its application in life. The objective of this study is to examine the emergence of humanism and the development that took place in the 15th to 19th century. This study is based on the qualitative method that uses data collection and content analysis methods. The results of this study found that the concept of humanism in its early stages still has a close attachment to religion. However, after the development of scientific activities and the progress of science, a society that are too vocal in expressing their ideas consequently trying to separate religion from the affairs of life. At the final stage there is an absolute separation by rejecting the dogma of religion and the existence of God. The impact of the process also had been affecting on Muslims who was influenced by the ideologies created by the West in terms of their beliefs and faith.

Published

2022-03-18