Isu-isu Perhubungan Suami Isteri dalam Keluarga Islam di Malaysia: Analisis Literatur [Husband-Wife Relationship Issues in Muslim Families in Malaysia: A Literature Analysis]

Authors

  • Nur Faezah Musthapar Universiti Malaya
  • Bahiyah Ahmad Universiti Malaya

Keywords:

kesejahteraan, masalah keluarga, hubungan suami isteri well-being, family issues, husband and wife relationships

Abstract

Kesejahteraan sebuah keluarga banyak dipengaruhi oleh hubungan antara suami dan isteri. Namun begitu, banyak isu tragis yang berlaku antara suami dan isteri seperti pergaduhan, keganasan  rumah tangga, penceraian dan pembunuhan. Justeru artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang sering berlaku dalam perhubungan suami isteri di Malaysia dari perspektif Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Hasil dapatan sorotan literatur merumuskan bahawa isu-isu yang sering berlaku dalam perhubungan suami isteri adalah pengabaian tanggungjawab, hubungan intim, komunikasi, pengurusan konflik atau perbezaan pandangan, sikap dan pengurusan kewangan. Hasil analisis mendapati bahawa indikator kepada perhubungan suami isteri menurut Islam adalah penghayatan agama dalam kehidupan dan pergaulan baik antara suami isteri (mu?asharah bil ma?ruf).

The well-being of a family is greatly influenced by the relationship between husband and wife. Nevertheless, many tragic issues occur between husbands and wives such as abuse, domestic violence, divorce and murder. Therefore, this article aims to analyze the issues that often occur in marital relations in Malaysia from an Islamic perspective. This study uses a fully qualitative approach. The findings of the literature review conclude that the most common issues in marital relationships are neglect of responsibilities, intimate relationships, communication, conflict management or differences of opinion, attitudes and financial management. The results of the analysis found that the indicator of the relationship between husband and wife according to Islam is the appreciation of religion in life and good relations between husband and wife (mu??sharah bil ma'r?f).

Published

2022-03-11