Nilai Estetika Keindahan Motif dan Corak Seni Ukiran Kayu Rumah Limas Belanda di Terengganu [The Aesthetic Value the Beauty of Motifs and Patterns of Wood Carving Art of Rumah Limas Belanda in Terengganu]

Authors

  • Mohd Nur Shafiq Harun Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Samsudin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Rumah Limas Belanda, Seni Ukiran Kayu, Motif dan Corak Wood Carving Art, Motifs and Pattern

Abstract

Rumah Limas Belanda merupakan salah satu produk warisan kebudayaan seni bina di Terengganu yang masih tersergam indah dan memiliki keindahan seni ukiran kayunya yang dipengaruhi oleh sejarah budaya Melayu tradisional dan pengaruh agama Islam sebagai lambang status dan darjat pemilik rumah. Oleh itu, artikel ini memfokuskan tentang jenis-jenis motif dan corak ukiran kayu yang terdapat pada Rumah Limas Belanda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif merangkumi sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperolehi melalui kaedah temubual dan kajian lapangan di Rumah Limas Belanda yang terletak di Kampung Losong. Manakala, sumber sekunder diperolehi daripada buku ilmiah, jurnal, akhbar dan tesis sarjana. Hasil kajian menunjukkan bahawa seni bina Rumah Limas Belanda mempunyai jenis motif dan corak ukiran kayu berunsurkan motif kaligrafi Arab, motif alam flora dan motif geometri yang diterapkan berlandaskan syariat dan akhlak Islam. Sesungguhnya, kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk melestarikan warisan seni ukiran kayu yang terdapat pada Rumah Limas Belanda di Terengganu agar dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik lain dan generasi akan datang.

Rumah Limas Belanda is architectural heritage in the state that still looks beautiful wood carvings that are influenced by historical, traditional and cultural influence of Islam as a symbol of status and prestige of the house owner. Therefore, this article focuses on the types of wood carving motifs and patterns found on the Rumah Limas Belanda. This study uses qualitative methods covering primary and secondary sources. Primary sources were obtained through interviews and field studies at Rumah Limas Belanda located in Kampung Losong. Meanwhile, secondary sources are obtained from scholarly books, journals, newspapers and master's theses. The results show that the architecture of Rumah Limas Belanda has a variety of motifs and wood carving patterns with elements of Arabic calligraphy motifs, natural flora motifs and geometric motifs that are applied based on Islamic law and morals. Indeed, this study was conducted as an effort to preserve the heritage of wood carving art found at Rumah Limas Belanda in Terengganu so that it can be used as a reference by other researchers and future generations.

Published

2022-02-14