Tinjauan Semasa Tahap Pemahaman dan Penguasaan Pelajar Sekolah Rendah KAFA: Prospek Pembangunan Bahan Bantuan Mengajar di Era Revolusi Industri 4.0 [Trend study of the Level of Understanding and Proficiency of KAFA Primary School Students: Prospects for t

Authors

  • Farrah Wahid Che Ros Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zamri Arifin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Shamsul Azhar Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pemahaman, Penguasaan, Bahasa Arab, Sekolah Rendah KAFA Comprehension, Mastery, Arabic, KAFA Primary School

Abstract

Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing/kedua semakin mendapat perhatian di Malaysia khususnya di era perkembangan revolusi industri 4.0. Kepentingan penguasaannya kini bukan sahaja dilihat dari aspek pendidikan agama Islam sahaja tetapi turut mengambil kira usaha pengembangan pelbagai sektor pendidikan tinggi, ekonomi, industri dan kerjasama antara negara dunia Islam. Sekolah Rendah KAFA merupakan medium pertama dalam pembinaan generasi yang dapat menguasai bahasa Arab. Malangnya, banyak faktor yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut termasuklah kelemahan dalam amalan pedagogi, penggunaan alat/bahan bantu mengajar (BBM) dan kegagalan memanfaatkan perkembangan teknologi semasa. Dapatan daripada kajian terdahulu membuktikan bahawa pemahaman dan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pelbagai peringkat termasuklah di sekolah KAFA masih belum berada pada tahap yang memuaskan berbanding pembelajaran bahasa kedua/asing yang lain. Justeru, penulisan artikel ini bertujuan untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dan alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi di zaman revolusi industri 4.0 bagi diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di sekolah-sekolah KAFA. Kertas ini akan meninjau pandangan dan kajian yang berkaitan di samping mengemukakan saranan yang boleh membantu guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab demi untuk mewujudkan inovasi baru dalam amalan pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah khususnya di Sekolah Rendah KAFA.

Arabic language education as a foreign/second language is gaining attention in Malaysia, especially in the era of the 4.0 industrial revolution's development. The importance of its mastery is nowadays seen not only in accordance to Islamic religious education, but also in terms of efforts to expand various sectors involving higher education, the economics, industry, and international collaboration among Islamic countries. A KAFA Primary School is the first step towards developing a generation of Arabic language experts. Unfortunately, many factors contribute to the lack of effectiveness of language teaching and learning process, including pedagogical practice, the use of teaching aids/materials (BBM) and failure to take advantage of current technological developments. Previous studies have shown that students comprehension and mastery of Arabic at various levels including in KAFA schools, is still lacking as compared to other languages. Thus, the writing of this article aims to suggest improvement measures and alternatives relevant to the development of technology in the era of industrial revolution 4.0 to be applied in the process of language teaching and learning Arabic, especially in KAFA schools. This paper will review relevant viewpoints and research, as well as provide recommendations that will help Arabic teachers in developing new teaching strategies within and outside the classroom, specifically in KAFA Primary Schools.

Published

2022-01-14