Kefahaman Guru tentang Konsep Maqasid al-Shari’ah dan KBAT dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam: Satu Analisis Preliminari
[Teachers 'Understanding of The Concepts of Maqasid al-Shari'ah and HOTS in The Standard Curriculum and Assessment Document (DSKP) of Islamic Education: A Preliminary Analysis]
Keywords:
kesahan, kebolehpercayaan, konsep maqāṣid al-shari’ah, KBAT, DSKP PI validity, reliability, concept of maqāṣid al-sharī’ahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan konstruk yang tekah digunakan dalam kajian. Kajian ini terdiri daripada dua konstruk, iaitu konstruk kefahaman guru tentang konsep maq??id al-shari’ah dalam DSKP Pendidikan Islam dan konstruk KBAT dalam DSKP Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan di sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih seluruh Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya. Responden kajian terdiri daripada 30 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) berdasarkan pecahan zon mengikut majlis perbandaran kerajaan tempatan telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan pelbagai peringkat. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B berkaitan dengan kefahaman guru terhadap konsep maq??id al-shari’ah dalam DSKP Pendidikan Islam. Manakala bahagian C pula berkaitan dengan kefahaman guru tentang KBAT dalam DSKP Pendidikan Islam. Semua konstruk dan item yang terlibat telah melalui tiga peringkat pengesahan semasa ujian pra (pre-test), iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan muka (face validity) serta kesahan skala (measurement validity) yang telah dijalankan oleh tiga orang panel pakar. Peringkat terakhir dalam fasa prelimanari ialah ujian pilot (pilot test). Analisis normaliti data dilaksanakan menggunakan nilai skewness, kurtosis, dan P-P plot sebelum digunakan di lapangan sebenar. Data diproses menggunakan IBM SPSS versi 21 untuk melihat nilai cronbach’s alpha (?) dan analisis normaliti data. Nilai skewness bagi semua item kajian berada pada 0.68 dan nilai kurtosis berada pada -1.12. Kedu-dua indikator ini menunjukkan nilai skewness dan kurtosis berada dalam julat ±2.5, manakala nilai (?) berada pada tahap 0.95 bagi kedua-dua konstruk yang diuji. Secara keseluruhannya konstruk kefahaman konsep maq??id al- shari’ah dalam DSKP Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi (min = 4.32) dan konstruk kefahaman KBAT dalam DSKP Pendidikan Islam juga berada pada tahap tinggi (min = 4.33) yang digunakan oleh pengkaji pada peringkat preliminari. Oleh itu, kedua-dua konstruk sah dan boleh dipercayai untuk digunakan dalam kajian sebenar.
This study aims to evaluate the validity and the reliability of the instrument and construct used in the study to evaluate teachers’ understanding regarding the concept of maq??id al-shar?’ah in Islamic Studies DSKP, and the construct of the HOTS. The study was carried out in nine National Secondary School in Melaka. This study is a quantitative study. The respondents of the study consist of 30 local Islamic Studies Teachers (IST) based on the local district zone and they were selected based on multi-level sampling method. The data was gathered from a set of questionnaires that contains 3 sections, section A is the respondents’ demographic information, and section B is regarding the teachers’ understanding regarding the concept of maq??id al-shari’ah in the Islamic Studies DSKP. Meanwhile, section C is regarding the teachers’ understanding on HOTS in Islamic Studies DSKP all constructs, and items were tested in three level validity tests, which are the pre-test, to test the content validity, face validity, and measurement validity and all tests were carried out by three expert panels. The last phase for the preliminary test was the pilot test. Normality test was carried out using the values of skewness, kurtosis, and P-P plot, before the instrument was carried out in the actual test field. The data was processed using IBM SPSS version 21 to determine the cronbach’s alpha (?) value and the result of the normality data analysis. The value of skewness for all items was determined at 0.68 and the value of kurtosis was determined at -1.12. Both indicators showed that the values of skewness and kurtosis were in the range of ±2.5, and the (?) value was determined at 0.95 for both constructs. Overall, the construct for the understanding of the concept of maq??id al- shar?’ah in Islamic Studies DSKP was valued at high level (min = 4.32) and the construct for understanding HOTS in Islamic Studies DSKP was also valued as high level (min = 4.33) and both constructs were used in the preliminary study. It was concluded that both construct are valid and reliable to be used in the actual test field.