al-Mu‘tazilah dan Hubung Kaitnya dengan Mihnah Khalaq al-Qur’an

Authors

  • Muhamad Aidil Zali
  • Mohd Nor Adli Osman
  • Mohamad Adnin Yahya
  • Muhamad Rozaimi Ramle
  • Roshimah Shamsudin

Keywords:

al-Mu‘tazilah, mihnah, Khalaq al-Qur’an

Abstract

Mihnah khalaq al-Qur’an merupakan peristiwa yang menjadi perdebatan dalam kalangan pihak penguasa kerajaan dengan sarjana Islam. Perdebatan tersebut adalah berkisarkan tentang sama ada al-Qur’an itu makhluk atau sebaliknya. Maka pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tercetusnya peristiwa hitam itu. Justeru, penulisan ini dihasilkan untuk melihat bagaimana pemerintah ketika itu memainkan peranan terhadap peristiwa ini. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan penulisan ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa peristiwa ini telah dinyalakan api kemarahannya semasa zaman al-Ma’mun al-Rashid dan berakhir semasa zaman al-Mutawakil. Ilmu ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri agar dapat melihat pegangan golongan al-Mu‘tazilah terhadap mihnah ini yang ditunjangi oleh pemerintah ketika itu.

Published

2019-05-06