Falsafah Akhlak dan Nilai Manusia dalam Kepenggunaan Produk Halal: Analisis Terhadap Ayat al-Qur’an Terpilih [Philosophy of Islamic Ethics and Values in Consumption of Halal Products: Analysis of Selected Qur'anic Verses]
Keywords:
Falsafah Islam, Akhlak, Nilai Manusia, Produk Halal. Philosophy of Islamic, Ethics, Values, Halal Products.Abstract
Falsafah akhlak dan nilai merupakan salah satu daripada asas disiplin ilmu falsafah. Konsepnya menyeluruh dalam membincangkan tingkah laku manusia. Falsafah akhlak meletakkan manusia yang berperanan sesuai dengan fitrahnya sebagai makhluk Allah SWT. Hal yang sama dalam isu-isu kepenggunaan produk halal. Kepincangan dalam memahami dan mengurus isu-isu kepenggunaan halal menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat, kerugian dalam aspek ekonomi, gagal mengambil manfaat halalan tayyiba, mencari keuntungan bersifat kuantiti sahaja, mementingkan terpengaruh dengan prinsip kepenggunaan konvensional dan lain-lain lagi. Persoalannya, apakah falsafah akhlak dalam mengurus isu-isu kepenggunaan produk halal? Apakah nilai-nilai Islam yang ada dalam memahami kepenggunaan produk halal? Oleh sebab perkara ini melibatkan isu-isu umat Islam, maka al-Qur’an digunakan sebagai sumber utama bagi dianalisis. Makalah ini mempunyai dua objektif. Pertama, menjelaskan maksud falsafah akhlak dan nilai dan kedua, menganalisis ayat-ayat al-Qur’an mengenai falsafah akhlak dan nilai dalam kepenggunaan produk halal. Kajian secara kepustakaan ini mendapati manusia perlu berakhlak sesuai dengan tuntutan Khaliq seperti berusaha mendapatkan makan yang baik dan halal, melakukan amal soleh dengan Allah, bersyukur atas nikmat rezeki yang baik serta lain-lain lagi. Setiap perkara yang telah ditetapkan dalam syariat-Nya merupakan manfaat yang kembali kepada manusia itu sendiri.
The philosophy of Islamic ethics and values is one of the foundations of the discipline of philosophy. The concept is comprehensive in discussing human behavior. Islamic ethics places human beings whose role is in accordance with their nature as creatures of Allah SWT. The same is true in the issues of consumption of halal products. Lack of understanding and managing the issues of halal consumption causes confusion in society, loss in economic aspects, failure to take advantage of halal tayyiba, seeking the profit of quantity only, emphasis influenced by the principles of conventional consumption and others. The question is, what is the Islamic ethics in managing the issues of consumption of halal products? What are the Islamic values in understanding the use of halal products? Since this matter involves the issues of Muslims, then the Qur’an is used as the main source for analysis. This paper has two objectives. First, to explain the meaning of moral philosophy and values and second, to analyze the verses of the Qur’an on Islamic ethics and values in the consumption of halal products. This literature study found that human beings need to behave in accordance with the demands of Khaliq such as trying to get good and halal food, doing good deeds with God, being grateful for the blessings of good sustenance and others. Everything that has been prescribed in His law is a benefit that returns to man himself.