Nilai-Nilai Agama Islam di Pulau Perhentian [Islamic Religious Values in Perhentian Island]
Keywords:
Nilai-nilai Islam, Pulau Perhentian Islamic Religious values, Pulau PerhentianAbstract
Pulau Perhentian merupakan sebuah pulau yang asalnya sebuah pulau perkampungan nelayan telah berubah menjadi sebuah pulau pelancongan. Menurut catatan Tourism Malaysia, Pulau perhentian mula menjadi tumpuan pelancong di awal tahun 90-an setelah pelancong mula berubah arah dari Kg. Cherating Pahang ke Pulau Perhentian (Tourism Malaysia: 2015). Semenjak dari itu, imej Pulau Perhentian mula berubah dari sebuah pulau perkampungan nelayan kepada pulau pelancongan. Menurut Nik Zawawi (2021) proses transformasi pulau perhentian tersebut telah memberi cabaran kepada warga kampung untuk mempertahankan nilai-nilai Islam yang sedia ada dalam berdepan dengan budaya-budaya luar yang dibawa oleh pelancong asing. Walaupun begitu, penduduk kampung tetap berusaha untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam agar perkembangan pelancongan tidak menghapuskan nilai-nilai Islam di pulau tersebut. Justeru, Kertas ini bertujuan untuk mendokumentasikan nilai-nilai Islam yang wujud di Pulau Perhentian walaupun pada masa yang sama ia bertembung dengan nilai-nilai pelancongan barat yang datang ke Pulau Perhentian. Kajian ini akan menggunakan pendekatan pemerhatian dan temu bual bagi mengumpul maklumat, dan maklumat yang didapati akan dianalisis dengan menggunakan perisian atlas.ti. Kajian mendapati bahawa walaupun pulau perhentian sekarang ini telah berubah menjadi pulau yang berteraskan pelancongan, namun nilai-nilai Islam masih boleh didapati dalam kalangan warga tempatan. Kajian ini memberi input yang penting kepada pembangunan dan perancangan bagi memajukan industri pelancongan berteraskan Islam.
Pulau Perhentian is an island that was originally a fishing village island and has been transformed into a tourist island. According to Tourism Malaysia records, Pulau Perhentian began to be the focus of tourists in the early 90s after tourists began to change direction from Kg. Cherating Pahang to Pulau Perhentian (Tourism Malaysia: 2015). Since then, the image of Pulau Perhentian began to change from a fishing village island to a tourist island. According to Nik Zawawi (2021) the transformation process of Perhentian Island has challenged the villagers to defend the existing Islamic values in the face of foreign cultures brought in by foreign tourists. Despite this, the villagers still strive to strengthen Islamic values so that the development of tourism does not destroy Islamic values on the island. Thus, this Paper aims to document the Islamic values that exist in Pulau Perhentian although at the same time it collides with the values of western tourism coming to Pulau Perhentian. This study will use observation and interview approach to collect information, and the information obtained will be analyzed using atlas.ti software. The study found that although Perhentian Island has now been transformed into a tourism-oriented island, Islamic values can still be found among locals. This study provides important input to the development and planning to advance the Islamic -based tourism industry.