Analisis Penerimaan Pelajar Terhadap Pembelajaran Pendidikan Islam secara Interaktif MOOC dalam Suasana Pandemik Covid-19 [An Analysis Student Acceptance of Islamic Education through Interactive MOOC Learning during Covid-19 Pandemic]

Authors

  • Azarudin Awang UiTM Cawangan Terengganu
  • Ruhaizah Abd Ghani UiTM Cawangan Terengganu
  • Farah Safura Muhammud UiTM Cawangan Terengganu
  • Rubiah Abu Bakar UiTM Cawangan Terengganu
  • Noor Hasyimah Sulaiman UiTM Cawangan Terengganu

Keywords:

Penerimaan Pelajar, MOOC, Pendidikan Islam, Pandemik, Covid-19

Abstract

Secara tradisinya, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka di dalam kelas menjadi pilihan utama dalam sistem pendidikan Malaysia sama ada di sekolah atau IPT. Penularan pandemik Covid-19 telah merubah landskap sistem pendidikan di Malaysia daripada bersifat bersemuka kepada pembelajaran secara maya. Namun perubahan yang drastik terhadap gaya PdP ini bukan sahaja memberi cabaran baru kepada pensyarah malah kepada pelajar. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan dan penerimaan pelajar terhadap kursus pendidikan Islam melalui PdP MOOC di UiTM Terengganu semasa Malaysia berhadapan pandemik Covid-19. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dengan borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ISC 100 (Akidah Islamiyah). Selanjutnya data di analisis menggunakan SPSS 22 dengan ujian min, sisihan piawai bagi melihat persepsi, sikap dan keberkesanan pelajar dalam PdP menggunakan MOOC kursus ISC 100. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi, sikap dan keberkesanan pelajar dalam PdP menggunakan MOOC adalah tinggi. Penggunaan aplikasi rakaman video, power point bersifat audio dan youtube yang berkaitan topik dalam pembelajaran bersifat interaktif menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menarik, pelajar berasa tidak mengantuk dan bosan, boleh diulang dan tidak terbatas dengan masa. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kaedah PdP secara bersemuka merupakan kaedah yang biasa yang dihadapi oleh pelajar, namun pembelajaran secara maya menjadi alternatif baru kepada pelajar dengan syarat bahan-bahan, aktiviti dan talian yang disediakan adalah baik.

Traditionally, face-to-face teaching and learning methods in the classroom are the main choice in the Malaysian education system either in schools or IPT. The spread of the Covid-19 pandemic has changed the landscape of the education system in Malaysia from face-to-face to virtual learning. However, this drastic change in TnL style not only gives new challenges to lecturers but also to students. Thus, this study was conducted to see the effectiveness and acceptance of students on Islamic education courses through TnL MOOC in UiTM Terengganu when Malaysia faced the Covid-19 pandemic. This study uses a quantitative methodology with questionnaires distributed to students taking ISC 100 (Akidah Islamiyah) course. Furthermore, the data in the analysis using SPSS 22 with mean test and standard deviation to understand students’ perceptions, attitudes and effectiveness towards TnL using MOOC course ISC 100. The results of the study showed that students' perceptions, attitudes and effectiveness in TnL using MOOC is high. The use of video recording applications, audio powerpoint and youtube related topics in interactive learning makes teaching and learning methods (TnL) more interesting, students do not feel sleepy or bored, repeatable and they are not time limited. This shows that, although the TnL method face to face is a common method faced by students, virtual learning becomes a new alternative for students provided the materials, activities and lines provided are good.

Published

2021-09-11