Teknik Komunikasi Ibu dalam Pembentukan Sahsiah Anak-anak Menurut Islam [Maternal Communication Techniques in the Formation of Children's Personality According to Islam]

Authors

  • A’dawiyah Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Najihah Mansor Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

communication; mother; formation of personality; children; the Quran

Abstract

Komunikasi ibu terhadap anak-anak merupakan titik permulaan pembentukan awal sahsiah anak-anak untuk membentuk penyesuaian psiko-sosial bagi mereka menempuh alam kehidupan mendatang. Ibu bertanggungjawab dalam berkomunikasi dengan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan anak-anak. Namun, realiti hari ini komunikasi di antara ibu dan anak dilihat semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor permasalahan antaranya kesibukan ibu berkerja serta penggunaan komunikasi oleh anak-anak kini dengan menggunakan kata-kata kesat, tengking-menengking serta terlibat dengan masalah sosial membuktikan kegagalan komunikasi ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji teknik komunikasi ibu menurut Islam dan kelebihannya terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Reka bentuk kajian ini kajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah lazim seperti analisis kandungan dan analisis dokumen sebagai medium pengumpulan data dapatan penyelidikan. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik komunikasi menurut Islam seperti qaulan karima, qaulan sadida, qaulan ma’rufa, qaulan baligha, qaulan layyina dan qaulan maisura merupakan kaedah yang sesuai dipraktikkan oleh para ibu khususnya. Selain itu juga, dapat membantu memberi kesan yang baik terhadap pembentukan sahsiah seperti akidah, akal, akhlak, ibadah dan emosi anak-anak supaya tidak menyeleweng daripada kehidupan serta menjalani kehidupan ke arah kebenaran (al-Haq) dengan berkesan untuk masa akan datang (dunia dan akhirat) berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Communication is an important instrument in forming children’s good behavior. There are abundant communication techniques from Islamic view manifested in the Quran as a guidance. In recent times, communication failures between children and mothers -especially, are giving huge impacts towards their formation of behavior. Today, a great number of children communicate using slurs and harsh words, snarling, and being socially problematic are the consequences of the failures. Therefore, the aim of this research is to identify the communication techniques of mothers from Islamic view and the effects of these techniques towards children’s personality. This research using qualitative method based on content analysis and document analysis were used as a medium to collect data of subject matter. The study found a few communication techniques from Islamic view such as qaulan karima, qaulan sadida, qaulan ma’rufa, qaulan baligha, qaulan layyina, and qaulan maisyura are the appropriate methods to be used by mothers on daily basis especially in the early development of children so that it can positively affect the formation of children’s personality in faith, mind, conduct, worship, and emotion so that they will not deviate from the right path and leading a true way of life effectively based on the Quran and the Sunnah.

Published

2021-07-25