Faktor Pembentuk Pemikiran Tasawuf Ibn Khaldun: Analisis Autobiografi [Determinants Sufism Thoughts of Ibn Khaldun: An Authobiography Analysis]

Authors

  • Fadillah Ulfa Universiti Malaya
  • Che Zarrina Sa’ari Universiti Malaya
  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Universiti Malaya

Keywords:

Determinants, Ibn Khaldun, Background of Life, Sufism Thoughts

Abstract

Kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa lingkungan persekitaran memberikan pengaruh yang besar dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan ianya merupakan sunnatullah dalam penciptaan. Pada hakikatnya manusia adalah anak yang lahir dari lingkungan persekitarannya. Oleh itu, pemahaman sebenar berkaitan dengan latar belakang kehidupan seorang tokoh sangat diperlukan untuk mengetahui faktor-faktor yang menjadi penyumbang dalam pembentukan pemikiran dan kehidupannya. Ibn Khaldun dikenali sebagai seorang cendekiawan ulung, pakar sejarah, bapa ekonomi dan sosiologi melalui karya beliau yang terkenal iaitu al-Muqaddimah. Kajian ini pula berusaha menampilkan sisi yang berbeza, bahawa beliau juga adalah salah seorang tokoh sufi yang menjalani kehidupan tasawuf dan turut pula menyumbangkan pemikirannya dalam bidang tasawuf melalui karya beliau yang lain yang bertajuk Shifa’ al-Sa’il wa Tahdhib al-Masa’il. Kajian ini membincangkan faktor penentu pemikiran tasawuf Ibn Khaldun menerusi studi analisis tentang biografi beliau. Perbahasan detil berkenaan dengan latar belakang kehidupan Ibn Khaldun dikemukakan dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana ia mempengaruhi pemikiran tasawufnya. Kajian perpustakaan yang menganalisis data menggunakan metode induktif dan deduktif ini menunjukkan bahawa ada empat faktor yang menyumbang kepada pembentukan pemikiran tasawuf Ibn Khaldun; suasana semasa beliau hidup, keluarga dan pendidikan, kerjaya beliau dalam bidang politik yang penuh intrik dan makar serta penglibatan beliau dalam bidang akademik sebagai syeikh di salah satu pengajian Tasawuf terbesar di Mesir

The surrounding and environment would greatly impact one’s life, as it is the sunnatullah of creation. Essentially, a man is like a child which born and then grows up through his surroundings and environment. A proper and comprehensive understanding of a prominent figure’s life involves examining the factors that influenced the person’s thoughts and works. Ibn Khaldun is one such figure: a prominent scholar: historian, economist, and sociologist of the Muslim world, most recognised by his magnum opus,  al-Muqaddimah. Apart from his contribution to the aforementioned areas, Ibn Khaldun also wrote extensively on spirituality and Sufism through his book, Shifa’ al-Sa’il wa Tahdhib al-Masa’il. This study focuses on Ibn Khaldun’s contribution in these areas by discussing the Determinants related to his Sufism thoughts, based on an analytical study of his autobiography. Specifically, this library research-based review examines Ibn Khaldun's background and the influences which lead to the inculcation of Sufism thoughts in his life. Inductive and deductive analysis methods revealed four main factors that determinate his Sufism thoughts and life: the situation of his life, family background and the education, his political involvement, and his involvement in academics as a syaikh  in one of Egypt’s greatest studies of mysticism.

Published

2021-07-25