Pembelajaran Inter-Profesional dalam Kursus Sejarah Kesenian Islam [Inter-Professional Learning in History of Islamic Arts Course]

Authors

  • Roziah Sidik @ Mat Sidek Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Inter-professional Learning, Islamic History and Civilization, History of Islamic Arts, Interdisciplinary, Multidisciplinary

Abstract

Kursus Sejarah Kesenian Islam ditawarkan di Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini menghendaki pelajar menghasilkan seni arca sebagai sebahagian daripada komponen penaksiran. Oleh kerana penghasilan seni arca banyak dilakukan oleh pelajar Program Seni Bina, maka kursus Sejarah Kesenian Islam mengambil inisiatif melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengadaptasi model pembelajaran inter-profesional untuk membolehkan wujud ruang pembelajaran secara bersama antara pelajar kedua-dua bidang tersebut. Model ini merujuk kepada proses pembelajaran yang dilakukan oleh sekelompok pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan yang belajar bersama-sama. Ia bukan satu fenomena baharu dalam dunia pendidikan kerana ia telah bermula sejak 1960an. Meskipun model ini sering dikaitkan dengan bidang kesihatan, ia juga sesuai diaplikasi dalam pembelajaran pelbagai bidang lain termasuk sejarah dan tamadun Islam. Apatah lagi dalam konteks yang lebih umum, ia sering dianggap sinonim dengan multidisiplin dan juga transdisiplin. Objektif kajian ini adalah untuk melihat aplikasi inovasi pembelajaran inter-profesional dalam kursus Sejarah Kesenian Islam sehingga membolehkan pelajar kursus ini mendapat manfaat daripada pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar Program Seni Bina untuk diterjemahkan dalam arca yang akan dihasilkan. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian lapangan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. 20 pelajar dan seorang pensyarah kursus ini menyertai kajian lapangan bersama lima pelajar dan seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Kajian lapangan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu sesi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, diikuti dengan perbincangan kumpulan kecil yang melibatkan pelajar kedua-dua program. Aplikasi model pembelajaran inter-profesional ini memberi impak yang maksimum kepada pelajar apabila mereka memanfaatkan model tersebut dalam menghasilkan seni arca masing-masing.

The History of Islamic Arts course is offered in Arabic Studies and Islamic Civilization Program, at the Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia. This course requires students to produce a piece of art sculpture as a component for course assessment. But since many art sculptures are produced by students of the Architecture Program, initiative was taken to innovate teaching and learning by adapting inter-professional learning model in the History of Islamic Arts course, to create space for collaborative learning by students of both fields. This model refers to a learning process whereby a group of students from diverse educational background learn together. It is not a new phenomenon in the world of education, since it began in the 1960s. Even though this model is frequently associated with the health field, it is also suitable to be applied to learning in various other fields, including in Islamic history and civilization. Not to mention, in a more general context, it is synonymous with multi-disciplinary and also trans-disciplinary approach. The objective of this study is to look at the application of inter-professional learning innovations in the History of Islamic Arts course so as to enable the students of this course to capitalize on the knowledge and skills in sculpting of Architecture Program students for History of Islamic Arts students to produce sculpture. This qualitative study uses a field study approach at the Faculty of Engineering and Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia. Twenty (20) students and one (1) lecturer of the History of Islamic Arts course and five (5) students and one (1) lecturer of the Architecture Program, Faculty of Engineering and Built Environment participated in the field study. The field study was implemented in two forms, namely, a lecture session delivered by the said lecturer followed by a small group discussion involving students of both programs. The application of this inter-professional learning model has an optimal impact on History of Islamic Arts students as the benefit is knowledge and skills gained so that each of them was able to produce his own piece of art.

Published

2021-07-10