Kompetensi Revolusi Perindustrian 4.0 dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti
Keywords:
Revolusi perindustrian 4.0, kompetensi pekerja, tahap pengetahuanAbstract
Dunia telah memasuki satu era baru yang dipanggil Revolusi Perindustrian 4.0 iaitu peralihan daripada era digital kepada era siber fizikal. Kehadiran Revolusi Perindustrian 4.0 ini bukan sahaja akan mengubah cara hidup dan bekerja manusia malah memberi kesan kepada beberapa bidang sokongan utama perkhidmatan. Transformasi persekitaran kerja juga akan mengubah profil pekerjaan. Oleh yang demikian pekerja perlu dilengkapi dengan pelbagai kompetensi. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kompetensi Revolusi Perindusrian 4.0 yang dimiliki oleh staf kolej komuniti. Skop kajian berdasarkan empat aspek kompetensi Revolusi Perindusrian 4.0 iaitu Kompetensi Teknikal; Metodologi; Peribadi dan Sosial mengikut Model Kecekapan Industri 4.0 Holistik oleh Fabian Hecklau. Proses pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif melalui edaran soal-selidik Skala Likert menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan staf Kolej Komuniti Bentong mengenai kompetensi Revolusi Perindusrian 4.0 berada pada tahap sederhana. Kompetensi Sosial dan Kompetensi Peribadi dikenal pasti berada pada tahap tinggi manakala Kompetensi Teknikal dan Kompetensi Metodologi berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan semua pihak bagi meningkatkan kompetensi dan keupayaan tenaga kerja bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0.