Perubatan Alternatif Islam: Satu Analisis Kefahaman di Kalangan Para Pelajar [Islamic Alternative Medicine: Study on Understanding of Analysis Among Students]

Authors

  • Normarlina Mohamad Lutpi Universiti Malaya
  • Rushdi Ramli Universiti Malaya

Keywords:

Islamic Alternative Medicine, The law, Darussyifa’, Creeds

Abstract

Perubatan alternatif Islam bukanlah perkara asing dalam masyarakat Malaysia malah mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat tanpa mengira usia. Bahkan ada kajian yang mengatakan bahawa pusat rawatan alternatif Islam akan berkembang lebih pesat dan maju pada masa kan datang. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis pemahaman pelajar mengenai hukum hakam dan kaedah yang berkaitan dengan perubatan alternatif Islam. Responden terdiri daripada 407 pelajar peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Antara kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini adalah penyelidikan perpustakaan, temu bual dan sebaran soal selidik. Kaedah kuantitatif lebih dominan dalam kajian ini. Melalui pengumpulan data, hasil analisis deskriptif mendapati bahawa pemahaman pelajar mengenai hukum dan kaedah perubatan alternatif Islam berada pada tahap tinggi dan baik. Ini menunjukkan kepekaan pelajar terhadap perubatan alternatif Islam. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang perlu diberi penyelidikan khusus seperti memahami konsep penyembuhan penyakit dan bahan rawatan yang dilarang. Pelajar dinasihatkan untuk mempelajari asas perubatan Islam pada saluran yang betul seperti di Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darussyifa') kerana sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada diuji dengan kesakitan. Dengan pengetahuan yang dipelajari daripada sumber yang betul, guru yang diakui, maka pelajar dapat menjaga diri mereka sendiri atau memilih rawatan perubatan yang patuh syariah agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan amalan mereka.

Alternative medicine Islam is not an alien thing in the Malaysian society and even gets a place and attention in society regardless of age. There is even a study saying that Islamic alternative treatment centers will grow more rapidly and forward in the future. The main objective of this study is to analyze the students' understanding of the laws and methods related to Islamic alternative medicine. Respondents comprised of 407 diploma-level students at Port Dickson Polytechnic, Negeri Sembilan. The data obtained were analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 21.0. Among the methods used to get the data in this study are library research, interviews and distribution of questionnaires. Quantitative methods are more dominant in this study. Through data collection, descriptive analysis results found that students' understanding of the law and the methods of Islamic alternative medicine was at a high level and good. This shows the students' sensitivity towards Islamic alternative medicine. However, there are still some things that need to be given specific research such as understanding the concept of healing of illness and prohibited treatment materials. Students are advised to study the fundamentals of Islamic medicine in the correct channels as in the Malaysian Islamic Welfare and Medicine Association (Darussyifa') because as a human we can not escape from being tested with pain. With the knowledge learned from the right source, the teacher believes, then students can take care of themselves or choose shariah-compliant medical treatments so that they are not easily influenced by things that can spoil their creeds and practices.

Published

2021-03-21