Faktor-faktor Pengabaian Terhadap Warga Tua di Malaysia [Factors of Senior Citizen Neglect in Malaysia]

Authors

  • Hasiah Mat Salleh Hasiah Mat Salleh
  • Raihanah Abdullah Universiti Malaya
  • Mohd Nurhusairi Mat Hussin Universiti Malaya

Keywords:

Pengabaian, Warga Tua, Faktor Pengabaian.

Abstract

Pengabaian warga tua merupakan satu permasalahan sosial yang dipandang serius mutakhir ini. Berdasarkan laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia terbitan Lancet Global Health, sejumlah 34.7 peratus warga tua yang berusia melebihi 60 tahun mengalami pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian. Angka ini dijangka terus meningkat seiring peningkatan kadar warga tua dunia dan juga kepesatan revolusi industri 4.0. Walau bagaimanapun, laporan dan kajian berkaitan pengabaian warga tua masih kurang didedahkan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara ilmiah faktor-faktor pengabaian warga tua di Malaysia. Metodologi dalam kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kualitatif bagi memperolehi maklumat berkaitan. Perbincangan isu ini adalah menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap artikel-artikel jurnal yang berkait dengan isu pengabaian. Hasil kajian telah mendapati bahawa 60 peratus faktor pengabaian warga tua adalah berpunca dari anak-anak dewasa atau penjaga berbanding hanya 40 peratus yang disebabkan oleh warga tua itu sendiri. Sikap anak-anak, urbanisasi, jurang komunikasi, keupayaan kewangan, kesedaran dan pendidikan agama anak-anak serta sikap kebergantungan kepada bantuan oleh institusi, kerajaan dan NGO adalah faktor yang mendorong berlakunya pengabaian terhadap warga tua. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam menjaga dan melindungi warga tua bagi mewujudkan garis panduan dan polisi yang boleh menjamin perlindungan terhadap warga tua

Senior citizen neglect is a social problem, viewed seriously lately. Based on the World Health Organization’s report published by Lancet Global Health, it is found that 34.7 per cent of senior citizens aged above 60 years old suffer from various forms of abuse and neglect. This figure will continue to increase with the senior citizen world population increasing rate. However, reports and studies concerning senior citizen neglect are still less disclosed. This study aims to explore the factors of senior citizen neglect in Malaysia scientifically. It employs a qualitative design to obtain related information through content analysis, and the discussion of this issue uses the content analysis of journal articles concerning the issue of neglect. The study results found that factors causing the neglect are primarily centred on adult children or guardians by 60 per cent compared to the senior citizen by 40 per cent. Children’s attitudes, urbanisation, communication gaps, financial capacity, adult children and guardians’ religious awareness and education, and the depending on institutions, governments, and NGOs assistance attitudes are the main factors leading to senior citizen neglect. This study is expected to guide parties involved directly in caring for and protecting senior citizens in establishing guidelines and policies, ensuring protection for the senior citizen.

Published

2021-03-21