Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan al-Quran dalam Program Ulul Albab Imtiaz [Teaching and Learning The Best Practices of Quranic Memorisation at Imtiaz Through Ulul Albab Program]

Authors

  • Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Firdaus Khairi Abdul Kadir Universiti Malaysia Terengganu
  • Azman Che Mat Universiti Teknologi MARA Terengganu

Keywords:

practice, teaching, learning, method, memorization, Quran

Abstract

Kajian ini bertujuan menerokai amalan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran dalam program Ulul Albab IMTIAZ. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini terlahir daripada kaedah yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitiatif merangkumi teknik temu bual dan analisis dokumen untuk melaksanakan pengumpulan data dan analisis. Temu bual yang dijalankan melibatkan 13 orang informan termasuk pentadbir, guru dan pelajar. Dokumen yang diteliti pula diperolehi daripada sumber bercetak dan tidak bercetak setakat yang dapat dicapai oleh pengkaji. Dapatan kajian ini mendapati lapan kaedah yang begitu signifikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran IMTIAZ. Namun keberkesanan kaedah ini tidak diukur dengan perbandingan pencapaian pelajar yang dapat menghafaz al-Quran dalam tempoh yang ditetapkan.Kajian ini mempelopori kajian program hafazan Ulul Albab yang berorientasikan kesepaduan aliran pendidikan agama dan sains di peringkat kebangsaan.

The purpose of this study is to explore the teaching and learning practices of Quran’s memorization in the IMTIAZ Ulul Albab program. This teaching and learning practice is based on the methods used by teachers and students to achieve the learning objectives.The study uses a qualitative approach that includes interview techniques and document analysis to perform data collection and analysis. The interviews conducted involve 13 informants which consisted of admins, teachers and students. The documents under study are obtained from both printed and non-printed sources that are permitted for the use of the researcher. The study identified eight significant methods of teaching of the Quran’s memorization in IMTIAZ. However the effectiveness of this method can not be measured by comparison to the achievement of students who can memorise certain verses of the Quran within a given time. This study pioneered the study of the Ulul Albab program for al-Quran memorization that focused on the integration of religious and science education at the national level.

Published

2021-02-12