Tinjauan Literatur Kajian Bilangan dalam al-Quran: Satu Tinjauan Umum [Literature Review of the Numerical in Quran: A General Review Paper]

Authors

  • Intan Nor Syahira Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Nor Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian bilangan dalam al-Quran merupakan satu dimensi baru bagi memahami makna ayat dengan lebih terperinci. Kebanyakan sarjana berpendapat unsur bilangan yang terdapat pada ayat al-Quran mempunyai isyarat yang disifatkan sebagai penting. Di samping itu, unsur bilangan juga merupakan salah satu aspek yang turut dibahaskan dalam kajian kemukjizatan al-Quran iaitu kemukjizatan bilangan (i’jaz al’adadi). Kemunculan tanda kemukjizatan al-Quran daripada aspek bilangan telah menarik minat penulis yang datang daripada pelbagai latar belakang berbeza. Namun begitu, dapatan kajian yang dikemukakan sering menjadi perdebatan. Ini kerana para penulis kebiasaannya menggunakan corak tersendiri ketika menjalankan kajian sesuai bidang kepakaran mereka. Hal ini perlu dikaji semula agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat umum.  Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perbincangan unsur-unsur bilangan yang telah dilakukan dalam kajian lepas. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis data secara deskriptif daripada kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk ini. Namun begitu, topik yang ditekankan dalam kajian ini adalah tentang hasil kajian bilangan yang diketengahkan oleh para penulis lepas. Tema-tema mengenainya disusun mengikut bentuk kajian agar kronologinya dapat diteliti. Secara umumnya, kajian bilangan sudah banyak dibincangkan tetapi kajian berkenaan bilangan dalam al-Quran secara khusus masih perlu diberi perhatian..

Study of numbers in the Quran is a new dimension for more detailed understanding of the significance of the verses. Most scholars believe that the element of numbers found in the verses of the Quran that is considered important. Furthermore, the element of numbers is also one aspect of the miracles in the Quran known as numerical miracle (i'jaz al-‘adadi) which is discussed in the previous study of the Quran miracles as well. The existence of the Quran's miraculous signs from numerical aspects get the attention of writers from different backgrounds. However, the results of the studies presented are often arguable. This is because some researchers usually follow their own pattern when conducting research in their field of expertise. Therefore, it should be re-examine so that the common people are not misled. As a result, the purpose of this study is to figure out the element of numbers in previous studies. This research is a qualitative study using the library research method and analysed descriptively from previous study about this topic. The focus of the study is on the findings of the previous research about numerical analysis. To examine the chronology, the theme in this study are organised by classification of topic. In fact, the study of numbers has numerously been discussed. However, study of numbers spesifically related to the Quran should be emphasized.

Published

2021-03-21