Kesepaduan Sosial dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah: Kesediaan Guru dan Sokongan Sekolah [Social Cohesion in The Teaching of History Subjects: Teacher’s Readiness and School Support]

Authors

  • Siti Aisyah Mat Saad Universiti Malaysia Sabah
  • Musirin Mosin Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Social Cohesion, History Subjects, Teacher’s Readiness, School Support

Abstract

Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan sosial berlaku dan telah diterapkan dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini melalui falsafah pendidikan negara, penerapan nilai murni, dan dasar-dasar kerajaan yang terangkum dalam  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kesepaduan sosial juga telah termaktub dalam objektif DSKP mata pelajaran Sejarah  yang telah digunakan oleh guru-guru sejarah pada hari ini melalui KSSR dan KSSM. Kajian ini akan menjelaskan tentang kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan melihat kesediaan guru serta sokongan sekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan temu bual mendalam bagi pengumpulan data kajian ini.  Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru terhadap kesepaduan sosial dalam mata pelajaran Sejarah adalah di tahap sederhana melalui pengetahuan yang sedikit tentang penerapan kesepaduan sosial secara tidak langsung dan secara langsung. Sokongan sekolah terhadap kesepaduan sosial juga dapat dilihat melalui penganjuran program, kerja kursus yang disediakan untuk pelajar dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta komuniti setempat. Namun begitu, hasil kajian ini mendapati bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bermusim dan tidak berterusan serta serius dalam menekankan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar.

Social cohesion is a social phenomenon that occurs in the multiracial community of Malaysia. It happens and has been incorporated in today’s Malaysian education system through the national education principles, implementation of positive values as well as the government policies liner out in the Malaysian Education Development Plan (2013-2025). Social cohesion is also listed in the DSKP objective of History subjects that are used by History teachers today through KSSR and KSSM. This research will explain about social cohesion in the teaching of History as a subject and take a look at the readiness of teachers including the support from their respective schools. This research was carried out qualitatively and applied a case study approach. The interviewers used in-depth interviews for this research. The results show that the teacher’s readiness for social cohesion in History as a subject is at an average level as there is a lack of knowledge on social cohesion implementation either directly or indirectly. Supports for social cohesion from the schools can be seen through event organization, course works prepared for students as well as many other planned activities that aims for bonding between the school and the local community. Nevertheless, the results from this research suggest that these programs and activities are ‘seasonal’ and are not taken seriously in the long-term in promotion social cohesion among students.

Published

2021-02-04