Pendekatan Strategi Metakognitif dalam Pengajaran Kemahiran Reseptif Bahasa Kedua dan Bahasa Asing [Metacognitive Strategy Approach in Teaching Receptive Skills in Second and Foreign Language]

Authors

  • Siti Fatimah Datu Ali Nafiah UMS

Keywords:

metakognitif, strategi metakognitif, pengajaran bahasa kedua, pengajaran bahasa asing

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bahasa asing memerlukan strategi yang efektif agar pengetahuan dan kemahiran dapat disampaikan dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana, ia dapat menentukan sama ada keberhasilan pembelajaran dapat dicapai dalam suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep strategi metakognitif dalam pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing. Penggunaannya diimplementasikan dengan pendekatan kitaran susunan tugasan untuk meningkatkan keupayaan pelajar membina kemahiran metakognitif. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan dengan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber berkaitan perbahasan. Hasil analisis menunjukkan terdapat dua bentuk strategi pengajaran metakognitif yang perlu dikuasai oleh guru iaitu strategi metakognitif pengetahuan kendiri dan strategi metakognitif pengawalan kendiri yang penting dalam membentuk kefahaman pelajar terhadap proses pembelajaran dalam bahasa kedua dan bahasa asing. Oleh itu, penggunaan strategi tersebut diharapkan dapat menjadi alternatif baharu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bahasa asing.

The process of teaching and learning second and foreign languages requires effective strategies so that knowledge and skills can be delivered in language learning. Thus, it can determine whether the learning outcomes can be achieved in a teaching and learning activity. This article aims to discuss metacognitive strategies concept in second language and foreign language teaching. Its use is implemented with a task order cycle approach to enhance students' ability to build metacognitive skills. The research methodology is in the form of a library study by collecting information from various sources related to the debate. The results of the analysis show that there are two forms of metacognitive teaching strategies that teachers need to master, namely metacognitive strategies of self-knowledge and metacognitive strategies of self-control that are important in shaping students' understanding of the learning process in second and foreign languages. The use of such strategies is expected to be a new alternative in the teaching and learning of second and foreign languages.

Published

2021-04-10