Kaedah Menilai Kecekapan Kemahiran Membaca Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar IPTA [Method of Assessing The Proficiency of Arabic Reading Skills among PHEI Students]

Authors

  • Nurul Iza Salsabila Che Rani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Kaseh Abu Bakar Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kemahiran Membaca, bahasa Arab, Ujian Kecekapan Bahasa Arab

Abstract

Kemahiran membaca secara harfiah bermaksud kecekapan dan kepandaian memerhati tulisan serta memahami maksudnya. Kajian ini menggunakan konsep dan teori bacaan daripada sorotan literatur pengkaji terdahulu dan dikumpulkan bagi menghasilkan artikel ini. Seperti yang dinyatakan oleh para sarjana terdahulu, penguasaan membaca dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah kerana tidak mampu menguasai kemahiran membaca dengan baik. Penilaian terhadap tahap kecekapan kemahiran membaca dalam bahasa Arab mengambil kira banyak aspek termasuk tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan merupakan tahap atau aras di mana pelajar boleh membaca dan memahami teks dengan baik dan memahami makna teks dengan baik. Revolusi pendidikan masa kini telah mewujudkan beberapa ujian kecekapan kemahiran bahasa bagi mengukur tahap kemahiran berbahasa pelajar. Penilaian ujian kecekapan dalam kemahiran membaca bahasa Arab yang berkualiti merupakan satu kaedah yang baik untuk mengukur tahap kemahiran membaca pelajar sekali gus membantu pelajar dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam kemahiran membaca bahasa Arab. Dengan adanya strategi efektif dalam meningkatkan penguasaan dan kecekapan kemahiran membaca bahasa Arab, matlamat pengenalan kursus mahupun jurusan bahasa Arab dan Pengajian Islam dalam kalangan pelajar IPTA tercapai. Rentetan itu, pelajar dapat menguasai kemahiran bahasa dengan menyeluruh dan membolehkan mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda mahupun Ijazah Tinggi yang lain.

Reading skills mean competence and the ability to observe writing and understand its meaning. This present study adopted reading concept and theory based on past literature and compiled to write up this article. As reported by past scholars, it shown that reading proficiency in Arabic among students is still at a low level because they are not able to master reading skills efficiently. Assessment of the level of proficiency in reading skills in Arabic takes into account many aspects including the level of readability. Readability is the level or levels where students can read and understand the meaning of the text properly. Revolutionize education today has created some language competency test to assess the level of language proficiency of students. Evaluation tests of proficiency in reading Arabic that quality is a good method to measure the students' reading skills while helping students and teachers to improve the quality of teaching and learning, especially in reading Arabic. With aids of effective strategies in enhancing empowerment and mastering in reading Arabic language, the objectives of Arabic language courses among PHEI students achieved. In line with that, the students could empowering the language skills comprehensively and they eligible to be awarded Bachelor Degree as well as others highest degree.

 

Published

2021-02-19