Konsep Pendidikan Akhlak dan Ciri-ciri Keistimewaanya dalam Islam [The Concept of Moral Education and its Special Characteristics in Islam]

Authors

  • Mohd Saiful Akmal A. Karim Saiful Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Sunawari Long Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Faudzinaim Badaruddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

The concept of moral education, Privileges of moral education

Abstract

Rasulullah SAW telah menetapkan misi dakwah utamanya adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini menunjukkan bahawa akhlak adalah satu perkara yang amat penting di dalam Islam. Iman merupakan kekuatan untuk membentengi diri manusia dari melakukan perkara-perkara yang keji manakala ibadah yang sempurna akan mencegah individu dari melakukan perkara-perkara yang tercela. Penghayatan dan pengamalan akhlak yang bertunjangkan tauhid mampu menyelamatkan manusia dari segala tindakan dan perbuatan yang mengancam kesejahteraan  dan hak seseorang individu. Justeru itu sistem pendidikan yang menerapkan nilai-nilai akhlak Islam adalah satu keperluan mendesak pada masa kini bagi menyediakan individu yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademi tetapi mempunyai akhlak yang mulia serta berupaya membentengi diri dari melakukan perkara-perkara yang tercela. Pendidikan akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang berakhlak dan membawa kepada kehidupan yang harmoni serta saling menjaga hak diantara mereka. Adalah amat penting bagi semua lapisan masyarakat untuk diberi kefahaman dan kesedaran tentang keistimewaan pendidikan akhlak di dalam Islam untuk dipraktikan bagi menjamin kesejahteraan umat dan keselamatan sesebuah negara. Kajian ini memgunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti kajian-kajian lepas, jurnal, artikel dan kajian ilmiah yang berkaitan.

Rasulullah SAW has set his main da'wah mission to perfect human morals. This is evidence that shows that morality is a very important thing in Islam. Faith is the strength to fortify human beings from doing vile things while perfect worship will prevent individuals from doing reprehensible things. Appreciation and practice of morality based on monotheism is able to save human beings from all actions and deeds that threaten the well-being and rights of an individual. Therefore, the education system that applies Islamic moral values ??is an urgent need nowadays to provide individuals who are not only excellent in terms of academics but have noble morals and are able to fortify themselves from doing reprehensible things. Good moral education will give birth to a moral society and lead to a harmonious life and protect each other's rights. It is very important for all walks of life to be given an understanding and awareness of the benefits of moral education in Islam to be practiced to ensure the well-being of the people and the security of a country. This study uses the library research method by analyzing documents such as past studies, journals, articles and related scientific studies.

Published

2021-01-17