Tahap Pelaksanaan Aktiviti Hafazan dalam Kalangan Guru Tahfiz Sekolah Menengah [The Implementation Level of Memorisation Activities Among Secondary School Teachers]

Authors

  • Siti Nurjanah Mastor Mustafa UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • Siti Aisyah Johan Universiti Teknologi Malaysia
  • Jimaain Safar Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Pendidikan Tahfiz, Aktiviti Hafazan

Abstract

Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) merupakan salah satu kesinambungan daripada usaha kerajaan dalam memperkembang pendidikan tahfiz kepada murid sekolah menengah. Setelah enam tahun pelaksanaannya, terdapat beberapa permasalahan yang berbangkit antaranya amalan guru dalam pelaksanaan aktiviti hafazan masih pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru, kajian ini bertujuan melihat tahap pelaksanaan aktiviti hafazan dalam kalangan guru tahfiz sekolah menengah. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai metode pengumpulan data. Responden kajian ini adalah seramai 310 orang guru tahfiz sekolah menengah dari pelbagai negeri. Hasil kajian mendapati tahap pelaksanaan keseluruhan aktiviti hafazan adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.075. Namun, jika diteliti dari sudut pelaksanaan setiap aktiviti, terdapat beberapa aktiviti yang kurang diberi perhatian oleh guru. Empat aktiviti yang berada pada tahap tinggi adalah aktiviti tahriri (skor min = 4.79), aktiviti tasmik (skor min = 4.77), aktiviti hafazan baru (4.72) dan aktiviti tahdir (4.45). Bagi aktiviti yang berada pada tahap sederhana tinggi pula adalah aktiviti fiqh ayat (skor min = 3.98), aktiviti murajaah jadid (skor min = 3.78) dan aktiviti murajaah qadim (skor min = 3.15). Manakala aktiviti murajaah minggu berada pada tahap sederhana rendah dengan mencatatkan skor min = 2.96. Hasil dapatan menunjukkan aktiviti murajaah kurang dilaksanakan oleh guru tahfiz sedangkan aktiviti murajaah ini merupakan kaedah yang sangat penting bagi proses pengekalan hafazan murid. Justeru, penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti hafazan perlu dititikberatkan oleh para guru agar dapat melahirkan bakal huffaz yang berkualiti.

The implementation of Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) programme using Tahfiz Integrated Curriculum (KBT) is a continuity of government's efforts in expanding tahfiz education to secondary school students. After six years of implementation, there were problems such as teacher practices in the implementation of memorization activities still at an unsatisfactory level. Therefore, this study aims to identify the implementation level of memorization activities among secondary school tahfiz teachers. This study uses questionnaires survey to 310 secondary schools teachers from all states. The research shows that the implementation level of memorization activities was high with a mean score of 4.075. However, if we focused the implementation of each activity, there were some activities that were given less attention by teachers. Four activities at a high level are tahriri (mean score = 4.79), tasmik activity (mean score = 4.77), new memorization activity (4.72) and tahdir activity (4.45). For activities at a moderately high levels are fiqh ayat activity (mean score = 3.98), murajaah jadid activities (mean score = 3.78) and murajaah qadim activities (mean score = 3.15). Meanwhile, murajaah mingguan activity was at moderately low with a mean score = 2.96. The findings show that murajaah activities are poorly inplemented by tahfiz teachers since the murajaah activities are very important for the process of retaining student memorization. Therefore, improvements in implementation of memorization activities should be emphasized by teachers in order to produce quality huffaz.  

Published

2021-01-13